SEMBELIT BOLEH JADI PUNCA KEPADA BUASIR

Sembelit adalah suatu gejala di mana berlakunya kesukaran ketika membuang air besar , najis keras dan adakalanya terdapat darah ketika membuang air besar. Tanda-tanda kepada gejala ini adalah apabila tidak membuang air besar beberapa hari, kurang selera makan, kembung perut , dan rasa tidak puas setelah membuang air besar. Sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan buasir,Hal ini disebabkan tekanan yang berlaku di bahagian rektum dan anus. Sesetengah keadaan juga boleh menyebabkan anal fissure (koyakan pada bahagian kulit sekeliling anus). Justeru, sembelit perlulah dirawat dan dicegah daripada berlaku

PUNCA SEMBELIT

  • Kekurangan air
  • Kurangnya bersenam
  • Tabiat makan yang tidak menentu.
  • Stress.
  • Kesan sampingan sesetengah ubat.
  • Kurang serat dalam diet
  • Terdapat masalah sindrom usus sensitif (irritable bowel syndrome)
  • Sesetengah penyakit seperti strok
  • Golongan tua yang kurang aktiviti fizikal

UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN SEMBELIT

  • ANTASID (seperti ACTAL, GAVISCON, ALUCID)
  • ANTIHISTAMIN (seperti chlorpheniramine, cetirizine dan loratadine yang kebiasaanya digunakan bg merawat selsema dan alahan)
  • COUGH SUPPRESSANT (pemendam batuk) – spt pholcodeine dan codeine
  • Supplemen IRON
  • ANTIMUSCARINIC (Ubat yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit parkinson spt;benzhexol dan orphenadrine)

TIP ELAK SEMBELIT

  1. Makan makanan yang tinggi kandungan serat sekerap mungkin seperti buah-buahan, bijiran dan sayuran
  2. Amalkan bersenam secara berkala.
  3. Minum air yang mencukupi 8 gelas sehari
  4. Menjaga waktu makan
  5. Kurangkan pengambilan susu dan kafein.
  6. Makanan yang memberi kesan mudah untuk buang air besar adalah seperti yogurt, dan buah prun

RAWATAN UBAT SEMBELIT

Terdapat beberapa jenis ubatan bagi merawat sembelit. Dapatkan nasihat daripada doktor dan ahli farmasi bagi mendapatkan ubatan yang sesuai bagi individu yang mengalami gejala sembelit.

  • BULK LAXATIVE (LAKSATIF PUKAL)
    Bertindak mnyerap air dalam usus dan membantu pembuangan najis. Contoh: isphagulla, methylcellulose
  • OSMOTIC LAXATIVE (LAKSATIF OSMOTIK)
    Berfungsi melembutkan najis dengan cara menarik air daripada badan ke dalam usus melalui proses osmosis. Cth: lactulose
  • STIMULANT LAXATIVE (LAKSATIF PERANSANG)
    Bertindak meningkatkan pergerakan usus bagi melancarkan pengeluaran najis. Cth: bisacodyl , senna dan glycerin. Senna biasanya didapati dalam sediaan herba, manakala glycerin didapati dalam bentuk enema.
  • PELEMBUT NAJIS
    Bertindak sebagai pelincir bagi melancarkan pengeluaran najis. Dinasihatkan untuk diambil sebelum makan. Dan elakkan tidur selepas mengambil ubat ini kerana ubat ini boleh meruap dan dan boleh memasukki paru-paru

Bagi bayi dan kanak-kanak berikan susu atau air yang mencukupi, campuran prun dan epal membantu merawat sembelit. Lactulose juga boleh digunakan.

Bagi ibu mengandung, rawatan tanpa ubat adalah yang utama. Sekiranya tidak berkesan, laksatif berpukal boleh diambil terlebih dahulu, lactulose boleh diambil secara sederhana. Bagi laksatif pukal pula, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sekiranya sembelit berpanjangan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.

Cawangan Farmasi Marmin:
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang, Kuantan (akan dibuka Mac 2020)

Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799

Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Image may contain: 1 person, sitting and text

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.