Antihistamin dan Kanak-kanak
ANTIHISTAMIN DAN KANAK-KANAK
Antihistamin diberikan untuk rawatan selesema. Namun demikian, kebaikannya untuk merawat selesema di kalangan kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 6 tahun adalah tidak terbukti.
Kanak-kanak kurang daripada umur 2 tahun dianggap mempunyai sistem imunisasi yang berlainan. Oleh itu, kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun tidak harus diberi antihistamin seperti promethazine, chlorpheniramine dan diphenhydramine untuk tujuan rawatan selesema.
Manakala bagi kanak-kanak berumur antara 2 hingga 6 tahun, antihistamin harus digunakan secara berhati-hati.
Walau bagaimanapun bagi keadaan alahan, antihistamin masih boleh digunakan dengan syarat ianya diberikan atas nasihat doktor atau ahli farmasi anda.
Anda harus tahu bahawa sesetengah orang boleh dirawat dengan satu jenis antihistamin tetapi tidak mendapat sebarang manfaat daripada antihistamin yang lain.
Maka, sekiranya loratadine atau cetirizine tidak berfungsi untuk merawat anak anda, antihistamin lain mungkin diberikan oleh doktor anda.
Kejadian dos berlebihan akan membawa kesan mudarat di mana kematian mungkin berlaku.
💠Seawater nasal saline boleh digunakan untuk membantu mengeluarkan cecair hidung yang tersumbat atau berair
✔️TANPA pengawet
✔️TANPA bahan tambahan kimia.
1⃣Stérimar Baby Nasal Spray
👉Hujung semburan yang selesa dan tekanan rendah sehingga sangat selesa dilepaskan ke hidung bayi bermula usia 0-3 tahun, konsultasi dengan doktor jika diperlukan.
👉Boleh digunakan 2-6 kali dalam sehari jika diperlukan.
2⃣Marimer Nasal Hygiene
👉Cara gunakan:
1 hingga 2 penyembur setiap lubang hidung, 1 hingga 3 kali sehari seperti yang diperlukan.
👉Boleh digunakan setiap hari dalam tempoh yang berpanjangan.
3⃣Pureen Clinzo.
👉 keselamatan yang sesuai untuk digunakan pada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
👉Injap anti-refluks: mencegah pencemaran bakteria penyelesaiannya.
👉Sesuai untuk semua kumpulan usia.
4⃣NeilMed Sinus Rinse kids
👉melegakan hidung berair dan tersumbat
👉air yang lembut untuk kanak
👉tidak menyakitkan dan senang digunakan
👉sesuai untuk umur 4 tahun dan keatas
5⃣Breath Right Nasal Strip Kids
👉melegakan hidung tersumbat
👉mengurangkan dengkur
👉tanpa ubat
👉untuk berumur 5-12 tahun
Untuk hidung tersumbat gunakan ketika bangun pagi, sebelum makan, dan ketika akan tidur malam
Akhir sekali, ibu bapa diingati supaya tidak merawat anak anda dengan ubat sendiri kerana respon kanak-kanak kepada ubat adalah berlainan daripada orang dewasa.
Tanya doktor atau ahli farmasi anda sebelum memberikan sebarang ubat termasuk antihistamin kepada anak-anak anda.
♦Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)
🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin
☎http://www.wasap.my/601116776799
🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin