Penjagaan Gigi dan Gusi Bayi

Penjagaan Gigi dan Gusi Bayi

TIPS PENJAGAAN GIGI DAN GUSI BAYI ANDA
.
Perlukah ibu bapa membersihkan gusi bayi sebelum gigi tumbuh?
.
Jawapannya PERLU.
👉 Walaupun gigi pertama masih belum tumbuh, membersihkan gusi merupakan perkara yang sangat baik untuk anak-anak terutamanya selepas makan atau sewaktu mandi. Namun masih belum ada keperluan untuk menggunakan ubat gigi.
.
👉 Hanya bersih menggunakan kain basah secara perlahan-lahan supaya kotoran di gusi boleh dihilangkan.
.
Bilakah ibu bapa seharusnya memberus gigi bayi mereka?

👉 Memberus gigi bayi bolehlah dimulakan seawal gigi pertama kelihatan tumbuh di dalam mulut. Ini akan menanamkan tabiat penjagaan kesihatan pergigian yang baik kepada anak anda.
.
Berapa kerapkah ibubapa seharusnya memberus gigi bayi mereka?
.
👉 Dua kali sehari terutamanya pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Apakah cara sesuai menbersih/memberus gigi mengikut umur?
.
â–¶Selepas Lahir
-Sapukan gusi bayi dengan kain basah bersih setiap kali selepas memberikan susu

â–¶6 Bulan
-Gigi mula tumbuh di bahagian depan. Boleh terus menggunakan kain bersih untuk membersihkan gigi atau menggunakan berus jari yg lembut. Fahamkan anak-anak bahawa gigi mereka perlu dibersihkan oleh ibu bapa setiap malam sebelum tidur dan sejurus bangun dari tidur

â–¶1.5 tahun hingga 2 tahun
-Ibu bapa boleh menggunakan berus gigi kecil. Mulakan dengan ibu bapa membantu anak-anak memberus gigi. Kemudian barulah pantau anak memberus gigi dengan sendiri sehingga umur anak 7 tahun.
.
â–¶Adakah ibubapa perlu membelikan berus gigi untuk bayi mereka?
-Bergantung kepada keadaan. Anda mungkin berasa lebih mudah untuk membersihkan gigi bayi anda dengan kain basah bersih.
Sekiranya menggunakan berus gigi bayi, pilihlah yang mempunyai kepala berus yang kecil, berus nilon yang lembut dan senang/selesa dipegang.
.
Gunakan sedikit lapisan ubat gigi dan gosok secara perlahan-lahan dibahagian dalam dan luar setiap gigi untuk membuang plak dan kotoran.

1⃣Pigeon Training Toothbrush (BPA FREE)
â–¶pemegang yang lembut dan mudah dipegang oleh kanak
â–¶jenis berus lembut berbeza mengikut peringkat umur
-Lesson 1:6-8 bulan
-Lesson 2:8-12 bulan
-Lesson 3:12-18 bulan
-Lesson 4:18-36 bulan

2⃣Oral B
–Stage 1: 4-24 bulan
–Stage 2: 2-4 bulan

3⃣Pureen Baby Toothbrush (BPA FREE)
– 6 bulan ke atas
– senang digunakan hanya masukkan jari
– berus lembut yang tidak menyakitkan bayi
.
Berapa kerapkah seharusnya berus gigi bayi anda perlu tukar?
.
👉 Seharusnya ditukar secara berkala, kira-kira sebulan hingga tiga bulan. Sekiranya berus mula mengembang, ia adalah petanda berus gigi perlu ditukar.

Apakah ubat gigi yang sesuai untuk bayi?
.
👉 Adalah dinasihatkan supaya mencari ubat gigi yang dibuat khas untuk bayi. Periksa bungkusan ubat gigi untuk memastikan tiada kandungan florida
.
👉 Menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang terlalu banyak boleh merosakkan gigi dengan memberikan kesan rapuh, dan boleh menyebabkan bayi sakit atau cirit-birit.
.
👉 Antara ubat gigi TANPA FLORIDA yang mungkin sesuai untuk anak anda ialah:

1⃣ Aquafresh First Teeth (3-24 bulan)
-selamat jika tertelan
-perasa pisang dan epal
-tiada pewarna tambahan dan pengawet

2⃣ Pigeon Toothpaste for children
–perasa strawberi

 

3⃣PureenKids Toothpaste
–perisa oren, mint dan strawberi
–tiada sakarin
–tiada natrium lauril sulfat (yang boleh menyebabkan iritasi)

4. Mu’min junior 
–selamat jika tertelan
–tiada natrium lauril sulfat

Ibu bapa dinasihatkan untuk mendidik anak supaya meludah selepas memberus gigi dan tidak makan atau menjilat ubat gigi

✨Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

☎http://www.wasap.my/601116776799

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.