Ubat Cacing

Ubat Cacing

ORANG DEWASA KENA MAKAN UBAT CACING JUGA?

Pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak bawah umur dua tahun perlu dirujuk kepada doktor atau pharmacist dulu.

Cacing akan hancur melalui najis. Jadi jangan takut makan ubat cacing.

Sebenarnya, jangkitan cacing boleh berlaku di memana bahagian badan seperti mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Apakah tanda-tanda terkena jangkitan cacing

Ramai tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.

1⃣Kadang-kadang mengadu sakit perut.

2⃣Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.

3⃣Ada kalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar. Berjumpa doktor anda segera!

Apakah punca dijangkiti cacing?

🍥Memakan daging yang tidak cukup masak dari haiwan yang dijangkiti cacing
🍥penggunaan air tercemar
🍥penggunaan tanah tercemar
🍥Bersentuhan dengan najis yang tercemar
🍥Kurang penjagaan sanitasi
🍥Kurang penjagaan kebersihan

Kebanyakan dari kita kali terakhir mengambil ubat cacing masa budak atau zaman sekolah dahulu. Bayangkan jika anda berusia 35 tahun, dah berapa banyak cacing hidup dalam badan anda ??

Tak semua jangkitan cacing itu merbahaya, malah anda tidak akan rasa lansung simptom jangkitan dari cacing. Namun lebih baik mencegah dari sudah terkena😊

Antara ubat cacing yang boleh membantu membunuh cacing:

1⃣Zentel

Perisa: orange-vanilla

👉🏻Zentel suspension
Kandungan: setiap 10ml mengandungi 400mg albendazole

Dos:
Orang dewasa & kanak-kanak di atas 2 tahun: 1 botol penuh 10ml Suspensi Zentel. Anda hanya perlu mengambil sekali ini.

Kanak-kanak 12-24 bulan: Ambil separuh dos dewasa

👉🏻Zentel tablet

Kandungan: setiap tablet mengandungi 200mg albendazole

Dos:

Dewasa & kanak-kanak di atas 2 tahun: 2 Zentel Tablet. Anda hanya perlu mengambil sekali ini.

Kanak-kanak 12-24 bulan: 1 Tablet sahaja

2⃣Noxworm

Perisa: cokelat

👉🏻Noxworm tablet kunyah

Kandungan: setiap tablet mengandungi 200mg albendazole

Dos:

Orang dewasa dan kanak-kanak di atas 2 tahun: 2 tablet sebagai dos tunggal

Kanak-kanak 1-2 tahun: kunyah 1 tablet sebagai dos tunggal.

👉🏻Noxworm suspension:

Kandungan: setiap 5ml mengandungi 200mg albendazole

Dos:
Dewasa dan kanak-kanak di atas 2 tahun:
Ambil 10ml (400mg) sebagai dos tunggal.

Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun:
Berikan 5ml (200mg) sebagai dos tunggal.

Catatan:
Tidak boleh diberikan semasa mengandung atau disyaki kehamilan.

Semua ahli keluarga dan orang lain yang berhubung rapat perlu dirawat pada masa yang sama untuk mengelakkan reinfestasi

3⃣M-zole
perisa: pisang &vanilla

M-Zole Tablet

Kandungan: setiap tablet mengandungi 500mg mebendazole

Dos:
Kanak-kanak 2 tahun hingga dewasa- 1 tablet sekali sahaja. Boleh dikunyah atau dihancurkan dan dicampurkan ke dalam jus atau makanan.

👉🏻M-zole suspension

Kandungan: setiap 10ml mengandungi 500mg mebendazole

Dos:
Dewasa dan kanak-kanak lebih dari dua tahun
10ml (1botol) diambil secara dos tunggal

*Dos ke dua boleh diambil 2 ke 3 minggu jika jangkitan cacing berulang

4⃣Champs d-worm

Perisa: cokelat
Kandungan: setiap tablet mengandungi 200mg albendazole

Dos:
Kanak-kanak 1 – 2 tahun, ambil 1 tablet sebagai dos tunggal.

Kanak-kanak di atas 2 tahun dan dewasa, ambil 2 tablet sebagai dos tunggal

5⃣A-zole suspension

Perisa: Strawberry

Kandungan:Setiap 10 ml mempunyai 400mg albendazole

Dos:
Dewasa & kanak-kanak di atas 2 tahun: 1 botol penuh 10ml A-zole dos tunggal.
Anda perlu mengambilnya sekali setiap setengah tahun.

Kanak-kanak 12-24 bulan: Ambil separuh dos dewasa

👉🏻Vemizol suspension

Perisa: susu pekat

Kandungan: Setiap 5ml mengandungi 200mg albendazol

Dos:
Dewasa & kanak-kanak 2 tahun & ke atas: 2 sudu teh (10ml) sebagai dos tunggal.

Kanak-kanak 1-2 tahun: 1 sudu teh (5ml) sebagai dos tunggal.

6⃣Ridworm suspension

Kandungan: Setiap 10ml mengandungi
250mg Pyrantel.

Dos:
Ridworm boleh diambil pada bila-bila masa walaupun jam terbaik adalah sebelum tidur di mana cacing akan dilepaskan pada pagi berikutnya

6 bulan – 2 tahun: 1/2 btl
2 tahun – 6 tahun: 1/2 – 1 btl
6 tahun – 12 tahun: 1 – 2 bulan
> 12 tahun: 2 – 3 btl

Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.