Ekzema pada baby
Apa itu Ekzema?
.
Ekzema adalah suatu penyakit kulit yang biasa terkena pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit)..
Penyakit Kulit ini akan menunjukkan keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
.Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Bagi anak kecil, ekzema lazimnya terjadi pada peringkat umur di bawah 5 tahun dan boleh berpanjangan sampai ke dewasa jika tidak dirawat. Ekzema tidak boleh berjangkit..
Sila dapatkan nasihat doktor anda atau ahli farmasi sebelum menggunakan losyen dan krim steroid