Anda pernah mengalami kulat kuku?? Kuku jari cengkam??
📌Kuku cengkam disebabkan jangkitan kulat kuku (Onychomycosis) ialah jangkitan kulat kuku jari atau kuku kaki yang tidak akan sembuh tanpa rawatan. Kuku yang dijangkiti akan kelihatan kuning sehingga menjadi perang, tebal, rapuh dan atau terpisah dari kulit, berigi dan struktur normal kuku terbantut.
📌Kulat akan menjangkiti kuku disebabkan oleh luka pada kuku, kasut yang ketat, atau disebabkan penyakit yang sedia ada. Oleh itu, pengidap jangkitan kulat kuku tidak patut merasa susah hati kerana, masalah ini bukan disebabkan oleh tahap kebersihan seperti yang dipercayai ramai.
📌Kebiasaan kulat kuku ini terjadi di kuku kaki dan disebabkan keadaan lembab yang berpanjangan pada kuku, menyebabkan kulat aktif membiak. Pembiakan kulat yang dibiarkan lama boleh menyebabkan kuku rosak
📌Kuku cengkam adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk🙊. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.
📌Kuku cengkam kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan😫. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak cepat sembuh.
📌Cengkam atau cagu kuku bukanlah betul-betul tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.
Punca Cagu Kerana
🌼Cara pemotongan kuku yang salah
🌼Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
🌼Memakai kasut yang ketat terlalu lama
🌼Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
🌼Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
🌼Kaki atau tangan sering dalam keadaan lembap dan berpeluh
Tanda-tanda terjadi kulat kuku
🌼Kuku jadi kekuningan atau bertukar warna
🌼Kuku menjadi tebal
🌼Kuku mula merekah dari kulit
Langkah untuk menghindari kulat kuku
🌼Memakai stokin yang diperbuat dari fabrik kapas kerana peluh dapat diserap dengan baik dan mengurangkan kadar kelembapan.
🌼Sentiasa menjaga kebersihan kuku kaki
Antara rawatan atau ubat yang boleh gunakan
1️⃣ Emtrix
2️⃣ SFN 10 nail mycosis
3️⃣ Wintinea lotion
4️⃣ Freederm lotion
5️⃣ Candazole
🔷Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di

Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.
thank you for your interest. keep reading!
Wow, marvelous blog layout! How lengthy have you ever been running a blog for?
you make blogging glance easy. The full look of your site is great, let alone the content!
You can see similar here sklep internetowy
Thankyou for your feedback 😊