Makan 6 Ekor Ikan Sehari?

Makan 6 Ekor Ikan Sehari?

Seperti biasa minggu ketiga setiap bulan, pasukan Marmin2u akan keluar memberi khidmat membuat pemeriksaan tekanan darah percuma.

Bulan September yang lalu En Kamaruddin dari Pekan singgah di booth kami di Pasar Besar Pekan.
.
“Encik saya nak check tekanan darah boleh?” Tanya salah seorang seorang pengunjung booth kami.

“Boleh, boleh. Silakan duduk. Encik duduk dahulu dan bertenang, baru kita periksa tekanan darah. Beri nama, IC dan nombor telefon Encik untuk rekod.

“Saya nak check gula dalam darah sekali boleh?”

“Boleh aja, saya check tekanan darah dahulu ya”.

“Baiklah.

Usai pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah (puasa), pasukan kami teruja.

“Wah! Cantik bacaan tekanan darah dan gula dalam darah Encik Kamarudin ni. Tahun ni umur Encik dah 57 tahun tapi bacaan macam orang muda. Kulit muka pun “flawless”. Apa amalan makan Encik hari-hari?” Soalan pertama terpacul dari mulut pasukan kami.

“Saya suka makan sayur banyak. Setiap hari saya makan 6 ekor ikan. Sekali makan 2 ekor.” Jawab beliau.

“Encik selalu bersenam?”. Tanya pasukan kami lagi.

“Ya. Saya selalu berjogging petang-petang. Hampir setiap hari.”

Alhamdulillah. Teruskan ya.

“Terima kasih ya.


*** Ini amalan yang bagus yang setiap orang patut amalkan. Ikan mengandungi Omega 3 yang tinggi untuk kesihatan otak dan jantung. Senaman yang kerap juga bagus untuk kecerdasan otak juga kekuatan jantung.
.

*Silakan share untuk manfaat semua.

Marmin2u | Dekat di Hati

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.