SEBAB DAN PUNCA EKZEMA
Doktor, anak saya kena ekzema, asyik menggaru je sampai habis luka badan. Nak buat macam mana ni?
Apa itu ekzema ?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan. seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
.
Ekzema selalunya terjadi di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.Ketahui juga penyebab-peyebab ekzema dan rawatannya.
APA PENYEBAB EKZEMA ?
- Keturunan.
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
- Sejarah alahan dan asma dalam keluarga.
- makanan seafood dan junkfood
APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA EKZEMA ?
Ekzema kelihatan seperti:
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.Bengkak kecil yang berair.
CARA MENGENAL EKZEMA
Diagnosis ekzema disahkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit. Tiada ujian makmal biasanya digunakan. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal jenis ruam dan bertanyakan soalan terperinci sebelum membuat diagnosa masalah ekzema.Pesakit ekzema juga kebiasaannya mempunyai masalah alahan dan alergi.
Rawatan Ekzema
Mengikut perubatan konvensional, ekzema merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema.
Kaedah rawatan ekzema adalah:
- Hindari makanan yang menyebabkan ekzema seperti junkfood dan seafood
- Elakkan diri daripada berada di kawasan yang terlalu panas atau sejuk
- Jauhkan diri daripada haiwan yang berbulu
- Elakkan diri daripada berada di persekitaran yang kotor dan berhabuk
- Gunakan ubat sapu khas ekzema dan ubat makan berdasarkan nasihat doktor.
- Elakkan memakai baju yang tebal dan berlapis
- Gunakan sabun yang lembut ketika mandi
- Gunakan pakaian yang nipis
- Gunakan pelembap selepas mandi.
- Antihistamin untuk mengawal kegatalan
- Antibiotik untuk membunuh kuman kulit – 90% kes ekzema ada jangkitan bakteria staphylococcal aureus.
- Penggunaan steroid (lemah hingga sangat kuat)
- Penggunaan pengubah imuniti badan (Immunomodulator/Chemo)