Ubat-ubatan untuk mencegah GASTRIK


UBAT GASTRIK
Ubat gastrik yang digunakan adalah bergantung kepada cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya. Ubat gastrik yang selalu digunakan adalah untuk meneutralkan keadaan asid di dalam perut dan juga mengurangkan penghasilan asid .Ubat gastrik digunakan untuk meneutralkan dan mengurangkan keadaan asid dalam perut.
1) Antasid
Ubat antasid adalah ubat yang digunakan untuk meneutralkan asid di dalam perut. Ianya sesuai digunakan apabila masalah gastrik sedang berlaku.Contoh ubat masalah gastrik ini adalah:
Aluminium & Magnesium hydroxide
Magnesium tricylicate
Calcium carbonate
Kebanyakan antacid yang terdapat di pasaran kini dikombinasikan dengan SIMETICONE yang berfungsi untuk mengurangkan angin dan gas yang berlebihan.Contoh antasid (jenama) yang senang didapati di farmasi-farmasi ialah Gaviscon, Maalox
, Gastrorelief
, Alucid
, Eviline Forte
dan banyak lagi.Antasid ini adalah ubat OTC yang boleh dapatkan tanpa preskripsi doktor dan kehadiran ahli farmasi..
2) H2 Blocker (Perencat Reseptor H2)Histamine-2 (H2)
reseptor adalah salah satu reseptor yang memainkan peranan dalam pengeluaran atau rembesan jus gastrik dalam perut. Oleh itu, ubat perencat reseptor H2 dapat mengurangkan penghasilan jus gastrik yang berlebihan.Beberapa jenis ubat yang selalu digunakan adalah
Cimetidine (Cimulcer
)
Famotidine.
3) Proton Pump Inhibitor (Perencat Pam Proton)
Perlu diketahui bahawa keadaan asid yang terjadi di dalam perut adalah disebabkan ion hydrogen dipam masuk ke dalam bahagian perut. Pam itu dikenali sebagai Pam proton. Proton disini merujuk kepada ion hydrogen(H+).Bila kepekatan ion hydrogen semakin tinggi di dalam perut, pH akan menjadi semakin rendah dan keasidan menjadi semakin tinggi.Fungsi ubat ini adalah untuk merencat fungsi pam tersebut supaya keadaan berasid di dalam perut dapat dikurangkan.Antara ubat jenis ini adalah seperti:
Omeprazole (Omesec
)
Pantoprazole (Controloc
, Pantaz
)
Esomeprazole (Nexium
)
Lansoprazole (Gastrovex
).
Walaubagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi berdaftar sebelum mendapatkan sebarang ubat terkawal. Juga dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya keadaan berlarutan
Jangan LUPA dapatkan di MARMIN berdekatan anda ya
.FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia(BUKA SETIAP HARI).
Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare