PENYEBAB JERAWAT MENGIKUT KAWASAN DI WAJAH

PENYEBAB JERAWAT MENGIKUT KAWASAN DI WAJAH
Hi Kesayangan MarminšŸ„°šŸ„°
Pernah tertanya-tanya kenapa jerawat ini boleh timbul di atas kawasan muka yang tidak kita jangka? Jom Marmin share antara sebabnya dan harap dengan info ini dapat membantu mengurangkan jerawat.
.
1. DAHI
Biasanya jerawat di dahi dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon. Hormon kita mempengaruhi pengeluaran minyak/sebum semulajadi kulit kita. Ketidakseimbangan dalam hormon bukan sahaja boleh merangsang minyak berlebihan di dahi tetapi juga di seluruh muka. Selain itu, kebersihan rambut. Jika rambut mempunyai fringe/bangs, sentuhan berterusan boleh menyebabkan kegangguan kulit yang ringan yang mengakibatkan jerawat di sekitar dahi. Jerawat di kawasan dahi juga boleh menjadi tanda bahawa produk rambut yang digunakan tidak sesuai untuk kulit anda atau rambut sendiri tidak cukup bersih sebab kurang cuci. Selain itu, jerawat di dahi boleh dikaitkan dengan perut. Jika anda sering mengalami masalah perut seperti refluks asid dan senak. Cuba tukar diet anda untuk mengurangkan makanan berlemak dan berminyak untuk membantu pencernaan perut
.
2. Pipi bahagian atas
Jerawat di bahagian ini dikaitkan dengan pengambilan makanan. Terutamanya pengambilan makanan yang digoreng, berlemak atau kaya gula secara berlebihan. Jerawat dikaitkan dengan masalah pencernaan. Jika anda mempunyai IBS (sindrom usus besar/ Irritable Bowel Syndrome), alahan makanan atau sering sembelit juga boleh menjadi antara salah satu punca.
.
3. Pipi bahagian bawah.
Merokok dan pencemaran udara merengsakan kulit dan menyebabkan jerawat naik. Pipi bawah sensitif kepada suhu badan yang tinggi jika terdedah kepada terlalu banyak pendedahan haba seperti dapur panas dan matahari, kemungkinan punca jerawat di kawasan sini . Satu lagi punca biasa ialah jika sering menyentuh tangan ke pipi, menggunakan berus/alat solek yang kotor, memegang telefon bimbit anda ke muka dengan kerap atau jarang mencuci sarung bantal.
.
4. Hidung
Jerawat di hidung sering dikaitkan dengan peredaran darah yang lemah dalam badan atau keadaan jantung. Jadi, jika anda mempunyai sejarah peredaran darah yang terganggu dan tekanan darah tidak seimbang, pastikan anda merujuk kepada sejarah kesihatan anda.
Selain itu, sembelit yang kerap boleh mempengaruhi jerawat di hidung.
.
5. Dagu & kawasan rahang
Jerawat atas dagu menunjukkan ketidakseimbangan hormon. Ini kerana boleh menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan secara berlebihan yang menyebabkan tersumbat. Pengambilan garam yang berlebihan juga merupakan punca kepada jerawat.
.
6. T-Zone
Jerawat di kawasan ‘T-Zone’ ini berpunca dari stress seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan ‘breakout’.
.
FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI)
.
Pertanyaan walk in (whatsapp) :
https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :
https://shopee.com.my/mar
minhealthcare

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *