CARA PENGAMBILAN UBAT YANG BETUL!! PENTING NI JANGAN AMBIL MUDAH!
5 LANGKAH PENGAMBILAN UBAT YANG BETUL
Ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ubat-ubatan terhadap sesuatu simptom/penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini. Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.
1. BACA DAN FAHAMI LABEL UBAT
(7) maklumat penting perlu diketahui sewaktu membaca label ubat seperti berikut:
1 ) Nama dan alamat pihak pembekal atau penjual (klinik atau farmasi)
2 ) Nama penuh ubat
3 ) Nama pesakit
4) Tarikh ubat dibekal atau dijual
5 ) Nombor rujukan pesakit pada buku rekod
6 ) Arahan/cara pengambilan ubat yang lengkap
7 ) Label “UBAT TERKAWAL/CONTROLLED MEDICINE”
(untuk ubat terkawal sahaja)LABEL PADA BOTOL UBAT AKAN MEMPUNYAI MAKLUMAT BERIKUT:
1 ) Nama produk
2 ) Perihal kandungan
3 ) Cara penyimpanan
4 ) Cara pengambilan
5 ) Maklumat pengilangan
6 ) Amaran
7 ) Kegunaan.
2. SUKAT UBAT DENGAN BETUL
Gunakan peralatan yang betul untuk menyukat ubat. Pemilihan teknik pemberian ubat-ubatan bergantung kepada umur kanak kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat tersebut. Antara peralatan yang boleh mengukur isipadu ubat dengan tepat antaranya ialah picagari, cawan bersukat, sudu bersenggat dan penitis bersenggat. Jangan gunakan sudu makan untuk mengukur ubat kanak-kanak. Saiz sudu adalah berbeza dan tidak memberikan dos yang tepat kepada kanak-kanak.
3. AMBIL UBAT DENGAN AIR KOSONGAmbil ubat dengan air kosong supaya ubat senang ditelan dan mengelakkan kesan interaksi ubat dan makanan. Elakkan mengambil ubat bersama-sama susu atau air manis seperti kopi, teh dan lain-lain minuman kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi..
4. ELAKKAN INTERAKSI UBAT DENGAN MAKANANInterkasi ubat dan makanan adalah saling tindak balas yang terjadi apabila ubat diambil bersama-sama sesetengah jenis makanan. Ia boleh berlaku apabila makanan yang dimakan memberi kesan kepada bahan dalam ubat yang sedang diambil, menyebabkan ubat tersebut tidak bertindak seperti mana yang sepatutnya. Interaksi ubat dan makanan boleh:
Menghalang tindakan ubat yang sepatutnya
Meningkatkan atau mengurangkan keberkesanan ubat
Menyebabkan kesan sampingan
5. AMBIL UBAT PADA MASA YANG SAMA SETIAP HARI
Bagi memastikan waktu pengambilan ubat dipatuhi sila gunakan kaedah yang sesuai. Contohnya sediakan jadual pada kalendar dan tetapkan alarm telefon. Jika terlupa makan ubat, sila ambil sera merta dan jangan gandakan dos jika waktu pengambilan seterusnya adalah hampir.