JOM KENALI JENIS BATUK DAN UBATNYA

*JOM KENALI JENIS BATUK DAN UBATNYA*

Image may contain: 1 person

 

Batuk adalah kesan refleks yang berlaku pada badan kita untuk melegakan salur pernafasan dan mengeluarkan kahak. Kebiasaannya batuk akan menganggu aktiviti seharian dan masa rehat kita. Jadi anda boleh berjumpa doktor untuk rawatan dan boleh juga mendapatkan ubat di farmasi atau ubatan herbal di kedai biasa.
Untuk mengetahui sama ada ubat yang kita ambil sesuai atau pun tidak dengan batuk yang kita alami, kita terlebih dahulu kena mengenal pasti jenis batuk kita.

Batuk ada dua jenis :

*1) Batuk berkahak (productive cough)* 
– Batuk ini kebiasaannya mngeluarkan kahak, terasa sesak di bahagian dada. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman.🦠🦠 Sekiranya lebih daripada 3 hari dan kahak berwarna kuning atau hijau dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
*2) Batuk kering (non-productive)* 
– Batuk yang tidak mengeluarkan kahak, menyebabkan gatal tekak. Antara puncanya adalah disebabkan habuk, jerebu atau asma

Jenis ubat batuk pula adalah seperti berikut ;

*a) Decongestant (pelega saluran pernafasan)* 
– Ubat ini juga sesuai untuk merawat selsema terutamanya apabila hidung tersumbat. Ubat ini bertindak membuka ruang salur pernafasan dan memberi kelegaan pada bahagian pernafasan.
– Bahan aktif: pseudoephedrine, ephedrine dan phenylephrine.
– Cth ubat: cough-en dan sedilix
*b) Expectorant (penyingkir kahak)* 
– Bertindak dengan cara menipiskan kahak dan membantu pengeluaran kahak.
– Bahan aktif: guaifenesin, ammonium salts ,ipecacuanha
– Cth ubat:, sirap ipecac
*c) Antitussive (penghenti batuk)* 
– Jenis ini bertindak untuk menghentikan refleks batuk
– Bahan aktif: cloperastine, codeine
– Jenis ubat : copastin
*d) Mucolytic (pencair kahak)* 
– Mencairkan kahak dan bantu pengeluaran kahak daripada salur penafasan.
– Bahan aktif: ambroxol, bromhexine, cyclidrol, acetylceistine
– Jenis ubat: mucolix,mucosolvan
*e) Anti asmathic( ubat lelah)* 
– Sesuai untuk batuk jenis lelah sehingga menganggu malam
– Bahan aktif: salbutamol
– Jenis ubat : salmodil
*f) Ubat lozenge * 
– Melegakan tekak seperti difflam dan sobenz
*g) Ubatan herbal* 
– Membantu melegakan tekak seperti ubat batuk cap ibu dan anak, woods
Setelah mengenali jenis batuk dan ubat ini, rujuklah kepada yang ahli untuk mendapatkan ubatan yang paling sesuai dengan batuk anda.🥰🥰🥰 Sekiranya batuk masih berterusan selama lebih daripada tiga hari , dinasihatkan untuk berjumpa doktor kerana bimbang ada masalah lain. 😢😢😢
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣Chini -depan Petronas Bandar Chini (9am-10pm).
🌸Like fb page kami di 
🚚Penghantaran ke rumah? 

 

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.