*GATAL-GATAL NI ALAHAN KE? ATAU KURAP?* 

Image may contain: 1 person, smiling
Gejala gatal-gatal berpunca daripada pelbagai faktor.🤓 Salah satu daripadanya adalah disebabkan oleh kurap. 🧐

Apakah itu kurap ?

Penyakit Kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat yang boleh menjangkiti bahagian tertentu di tubuh badan kita seperti bahagian kuku, jari dan rambut. Persekitaran yang lembap dan hangat menggalakkan lagi pertumbuhan dan pembiakan kulat.

Jangkitan kulat akan menyebabkan kita merasa gatal-gatal ,tidak selesa dan merimaskan.😫😩

🤩Apakah jenis-jenis jangkitan kulat yang ada?

 1. *Tinea capitis (scalp ringworm)*
-jangkitan kulat di bahagian kulit kepala, boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berkeping-keping dan botak.
2. *Tinea Corporis (ringworm)*
-berbentuk bulat dan warna kemerahan di bahagian badan, termasuk bahagian kaki dan tangan.
3. *Tinea Pedis (athlete’s foot)*
Ianya juga dikenali sebagai kulat kaki. Kulat jenis ini menjangkiti bahagian celah jari, kelihatan bersisik dan kulit di bahagian tersebut melepuh. Sekiranya tidak dirawat, boleh menyebabkan radang yang teruk dan merebak sehingga ke bahagian lain.
4. *Tinea Cruris (jock itch)*
-kulat jenis ini pula biasanya menjangkiti bahagian pangkal peha. Kelihatan biji-biji kemerahan.
5. *Tinea Unguium (onchomycosis)*
-jangkitan kulat ini menyebabkan bentuk kuku berubah,kelihatan berkedut, manakala warna kuku berubah menjadi kekuningan, hitam dan kelihatan kusam. Jika tidak dirawat, jangka masa panjangnya akan menyebabkan kuku terkopek.
6. *Tinea Vesicolor*
-Jenis ini juga dikenali sebagai panau. Panau kelihatan tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat. Selalunya panau akan menjangkiti bahagian seperti muka, kaki, leher dan kawasan yang mudah berpeluh.🥵🥵🥵
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti berikut, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan yang ahli bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin.

*Bagaimana untuk mengelak dijangkiti kulat?*

Amalkan gaya hidup sehat dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal. Kulat mudah membiak di tempat yang lembap.
Mandi paling kurang satu kali sehari. 2-3 kali adalah lebih baik.
Sentiasa memastikan tubuh badan dikeringkan sepenuhnya selepas mandi.
Tidak berkongsi tuala mandi.
Tukar pakaian dalam dan stokin dengan kerap.
Memakai bedak antifungal di bahagian kaki sebelum memakai kasut. Pastikan kasut kering sebelum memakainya.
Untuk pesakit diabetes, dinasihatkan untuk mengawal gula dalam darah. Kerana gula dalam darah yang tidak terkawal menyebabkan risiko tinggi mendapat jangkitan kulat.

*Apakah jenis-jenis ubat antifungal?*

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati sama ada di farmasi, klinik atau hospital. Setiap ubat adalah berbeza dan spesifik kepada jenis kulat yang dialami. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi bagi mendapatkan rawatan yang tepat. Anda juga hendaklah mengikut arahan dengan betul kerana jangkitan kulat boleh menjangkiti lagi sekiranya tidak dirawat dengan betul. Tempoh rawatan juga bergantung kepada jenis kulat yang dialami.

Jenis-jenis ubat kulat:

🎀 *Ubat makan antikulat* – ubat Jenis ini boleh didapati dalam bentuk tablet. Antaranya adalah seperti griseofulvin, ketoconazole dan itraconazole tablet.
🎀 *Ubat topikal antikulat* – ubat yang boleh didapati dalam bentuk krim atau salap, bertindak merawat secara luaran untuk membunuh kulat. Jenisnya adalah seperti econazole, clotrimazole , dan miconazole.
🎀 *Pessari* – pessari clotrimazole adalah salah satu ubat yang digunakan untuk merawat kulat di kawasan vagina.
🎀 *Untuk jangkitan kulat di mulut* , jenis ubat antifungal ini boleh didapati dalam bentuk lozenge, spray dan gel.
🎀 *Ubat topikal steroid* jenis krim dan salap juga digunakan untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan kulat seperti betamethasone, hydrocortisone dan flumetasone.
🎀Merendam dan membasuh bahagian jangkitan kulat dengan *antiseptic* potassium permanganate (KMNO4) juga membantu mengurangkan jangkitan kulat.
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini
Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di 
🚚Penghantaran ke rumah? 

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.