JAGA KESIHATAN ANDA DARI VIRUS BERJANGKIT SEPERTI INFLUENZA & CORONA VIRUS

JAGA KESIHATAN ANDA DARI VIRUS BERJANGKIT

Image may contain: 1 person, closeup

Setiap keluarga mesti ada face mask! 📢

MASK

📌Mask direka untuk menghalang zarah-zarah besar daripada memasuki laluan pernafasan pemakai. Ia mengurangkan peluang “air liur dan rembesan pernafasan” pemakai daripada tersebar kepada orang lain
📌Ia juga boleh membantu mengurangkan penyebaran virus dan “lebih praktikal” untuk penduduk awam.
📌Orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng untuk mengelak dari terkena penyakit. Sebagai langkah pencegahan, kita boleh menggunakan topeng muka terutamanya apabila melawat kawasan yang sesak

Langkah-langkah melindungi diri anda

1️⃣ Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

2️⃣ Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak dapat dielekkan)
▪️Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
▪️Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang manjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis binatang
▪️Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuhan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yabg bergejala
▪️Elakkan dari mamakan sebarang produk haiwan yang mentah/ tidak dimasak dengan sempurna

3️⃣ Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam. Batuk mahupun kesukaran untuk bernafas)
.
Farmasi Marmin

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.