BERAPA LAMA UBAT BOLEH SIMPAN??

BILA KENA BUANG UBAT 💊 YANG DAH GUNA? 1 BULAN ke 1 TAHUN?

“Cik Farmasi, nak tanya. Kak ada beli ubat demam kat anak 3 bulan lepas. Baru sikitttt je guna. Kak simpan dalam peti.”

“Boleh je ka guna yang tu ?”

Anda mungkin perasan setiap kali beli ubat, tak kira dalam bentuk apa samada dalam bentuk sirap, biji atau kapsul. Pasti akan ada tarikh luput pada bungkusan.

⚠️Tapi jaga-jaga jika anda beli ubat di farmasi tapi terdapat kesan potongan yang meragukan sila check semula keaadaan ubat dan tarikh luputnya.
Sebelum buka kita boleh rujuk tarikh luput pada bungkusan tapi selepas buka boleh ikut yang sama 😮?
Masalah pulakkan nak tahu berapa lama boleh guna ubat jika dah buka. Sesetengah bungkusan ada tulis tempoh guna lepas buka. Sebagai contoh ubat mata kebiasaannya 1 bulan selepas buka anda perlu buang.
Macam mana pula kalau takda tulis pada bungkusan?🤔

🛑Sila kenal pasti jenis ubat dan boleh ikut panduan dibawah jika tiada ditulis tempoh penggunaan ubat

Pil atau kapsul dalam bungkusan asal💊 ↪️ikut tempoh tarikh luput pada bungkusan
Pil atau kapsul yang telah dibuka dan diletakkan dalam bekas lain💊↪️ 6⃣bulan
💧Ubat sirap↪️ 6⃣ bulan
💧Ubat bancuh ↪️ 2⃣ minggu
🌼Ubat sapu ↪️ 3⃣bulan
👀Ubat titis ↪️ 1⃣ bulan
Panduan ini hanya sesuai jika 😍

1⃣Anda tulis tarikh bila ubat dibuka
2⃣Ubat disimpan mengikut suhu yang betul
3⃣Bau, warna, fizikal dan rasa UBAT tidak berubah

Boleh datang ke farmasi berdekatan untuk maklumat lanjut
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Farmasi Marmin

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.