KEPENTINGAN UBAT CACING
Mungkin masih ramai yang belum tahu kepentingan pengambilan ubat cacing setiap 6 bulan sekali.
Apakah itu serangan cacing?
Parasit adalah organisma yang menjangkiti manusia untuk waktu yang lama dan bersaing dengan manusia untuk mendapatkan nutrisi mereka
Terdapat pelbagai jenis cacing parasit yang boleh menjangkiti manusia iaitu cacing pita (cestod) cacing trematod dan cacing nematod.
▪️Cacing pita/cestod
Jangkitan cacing pita biasanya disebabkan oleh sumber makanan seperti daging mentah atau sumber minuman yang dicemari dengan telur cacing pita. Cacing ini akan bersangkut pada dinding usus
▪️Cacing trematod
Jenis cacing berbentuk seperti daun yang rata dan biasanya menjangkiti manusia melalui makanan laut seperti ikan, ketam atau siput laut.
▪️Cacing nematod
Jangkitan yang disebabkan oleh makanan dan minuman yang tercemar dengan telur cacing melalui luka badan atau serangga seperti nyamuk yang boleh memasukan cacing ke dalam badan manusia
Tanda-tanda anda sedang hadapi jika cacing di dalam perut
💎 Loya
💎 Turun berat badan
💎 Mudah rasa letih
💎 Kembung perut
💎 Kegatalan pada lubang dubur
💎 Tiada selera makan
💎 Wajah pucat
💎 Sakit kepala
💎 Sakit perut @ cirit-birit @ kembung perut @ sembelit
💎 Bengkak muka
Punca utama berlakunya jangkitan cacing disebabkan banyak perkara. Antaranya:
💎Tidak membasuh tangan sebelum makan
💎 Makan makanan yang tidak dimasak sempurna
💎 Makan sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh
💎Minum air yang tercemar
💎Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah @ pasir
Jenis Ubat Cacing Jenis Cecair |
Jenis Ubat Cacing Jenis Tablet Kunyah |
Boleh terus datang ke Farmasi Marmin untuk dapatkan
Untuk sebarang pertanyaan boleh klik link → linktr.ee/farmasi.marmin