Merokok

ALAHH, RILEKS LAH.. RAMAI JE YANG MEROKOK TAPI LAMA JE HIDUP 🚭
.
.
Adakah anda seorang perokok tegar? Pernahkah anda tertanya tanya apa khabar kesihatan jantung dan paru paru anda? 🤔
.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama sama berubah ke arah yang lebih baik bermula dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat!
.
Hari ini kami nak berkongsi kepada anda tentang kenapa dan bagaimana untuk berhenti merokok🚭
.
Umumnya semua sedia maklum bahawa merokok hanya mendatangkan kesan buruk kepada kita baik dalam jangka masa yang panjang mahupun pendek.
.
Antaranya, anda mungkin mendapati gigi anda semakin kekuningan, kulit yang kering terutama kawasan bibir, bibir menjadi hitam, bau nafas yang busuk, kanser, masalah paru paru dan juga masalah hati.
Walaupun begitu, masih ramai yang memilih untuk “setia” pada rokok yang satu. 🤔
.
⭕ Alah kenapa nak berhenti pulak, nanti semua mati jugak
.
Syarat untuk mati adalah mereka yang hidup. Sekiranya, anda seorang perokok yang biasa, jangka hayat anda berkurangan sebanyak 3 tahun berbabnding mereka yang tidak merokok. Malah, mendapat dua kali ganda peluang untuk mendapat kanser mahupun serangan jantung!
.
⭕ Nanti kalau saya berhenti merokok, saya jadi gemuk pulak!
.
Apabila perokok berhenti merokok, peluang untuk mengalami kenaikan berat badan adalah sebanyak 79% kerana mereka seringkali makan kudapan untuk mengelakkan daripada merokok. Namun begitu, kekal aktif dan bersenam mampu mengawal berat badan anda.
.
⭕ Tak boleh hidup lah kalau tak merokok
.
Anda akan menikmati kekurangan batuk, fungsi paru paru yang lebih baik, sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding mereka yang terus merokok!
.
⭕ Alah, saya ni dah sakit dah pun sbb merokok, buat apa nak berhenti
.
Tahukah anda bahawa mereka yang berhenti merokok setelah terkena serangan jantung 10X ganda mengurangkan potensi kematian berbanding mereka yang memilih untuk terus merokok!
.
Secara amnya, ramai antara mereka yang tidak berjaya pada awalnya untuk berubah kerana ia adalah berpunca daripada masalah ketagihan nikotin. Justeru, usah berputus asa dan teruskan mencuba!
.
☘️ Cari sebab yang positif akan mengapa anda perlu berhenti merokok. Bayangkan kesihatan keluarga sekeliling anda yang menjadi perokok pasif!
.
☘️ Biarkan bekas abu rokok penuh agar mengingatkan anda tentang betapa banyaknya anda merokok dan fikir tentang apakah impak kepada fungsi jantung hati dan paru paru anda
.
☘️ Buang semua rokok yang belum digunakan dan pemetik api
.
☘️ Mengira berapakah wang yang telah dihabiskan bagi meneruskan ketagihan anda
.
☘️ Simpan duit yang anda selalu belanjakan untuk membeli rokok didalam tabung setiap hari dan lihat betapa banyaknya duit anda yang telah dilaburkan selama ini untuk perkara yang tidak berfaedah
.
☘️ Sokongan moral kaum keluarga dan kawan kawan adalah tunjang utama bagi berhenti merokok, jadi kongsikan kepada mereka agar mereka daoat membantu anda melalui fasa ini
.
.
Merokok adalah tabiat yang tidak membawa manfaat malah memudaratkan anda. JadikanRamdhan kali ini sebagai permulaan nafas baharu bebas asap!
.
Mari kita bersama sama menangani isu ketagihan rokok ini agar generasi akan datang dapat menghirup udara yang berkualiti