Benarkah Eksema Penghalang Kehidupan Normal?

Benarkah Eksema Penghalang Kehidupan Normal?

Menjadi ibu sememangnya perjalanan yang penuh cabaran. Bak kata Ustaz Ebit Lew, menjadi ibu adalah suatu pekerjaan yang tiada penghujungnya.

Apabila si manja anda tergaru-garu , hati ibu mana yang tak gelisah.

Apatah lagi waktu musim yang panas sekarang dengan keadaan cuaca yang tak menentu, anak merengek dan menggaru walaupun pada waktu malam.

 

Jika si manja anda menunjukkan ciri- ciri ini, jangan panik ! ada langkah – langkah yang boleh ibu bapa ikuti untuk mengenal pasti masalah si manja anda :

1. Periksa keadaan tempat si manja anda tidur sama ada terdapat gangguan serangga seperti nyamuk.

2. Periksa badan si manja anda dan lihat sekiranya ada tanda tanda gigitan nyamuk.

Namun begitu, sekiranya anda mendapati kulit terutama di bahagian muka , pergelangan tangan, antara pelipat badan, siku dan lutut disertai radang badan si manja anda seperti :

Kegatalan yang melampau

✅ Kulit kelihatan bengkak

✅ Naik ruam – ruam merah pada kulit atau tompok tompok merah

✅ Kulit kelihatan seakan akan melecur yang berair

✅ Kulit kelihatan sangat kering, berkerak dan bersisik.

Kemungkinan besar anak anda mempunyai ECZEMA ATAU DIKENALI SEBAGAI ATOPIC DERMATITIS.

Anda mungkin tertanya – tanya bagaimana apakah punca anak anda menghidap penyakit ini dan adakah ia berjangkit?

Ibu bapa boleh membawa anak anda berjumpa doktor untuk membuat diagnose seterusnya menerima khidmat nasihat dan rawatan yang sebaiknya.

Eczema bukanlah penyakit berjangkit namun begitu, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan situasi ini terjadi :

⭕ Keturunan

⭕ Alahan terhadap gigitan serangga, habuk, bahan makanan

⭕ Fabrik kain yang kurang bersesuaian seperti berbulu, kasar

⭕ Terlalu sensitif terhadap sabun pencuci, sesetengah bahan kimia,atau minyak wangi

⭕ Menunjukkan keradangan terhadap sesetengan bahan sehingga menganggu aktiviti seharian

Setelah mendapat khidmat nasihat doktor, ibu bapa boleh mengambil langkah berjaga jaga agar situasi ini tidak melarat dengan :

▶ Meletakkan anak dalam bilik yang selesa dan nyaman.

▶ Elakkan mandi menggunakan air panas atau suam

▶ Memakai pakaian yang mempunyai fabric yang selesa seperti kapas dan nipis.

▶ Mengenalpasti sebarang elemen yang menyebabkan keradangan pada kulit anak anda.

▶ Awasi pemakanan si manja anda

▶ Gunakan krim pelembab sekerap yang mungkin untuk si manja.

Eczema bukanlah penghalang kehidupan normal anak anda.

Sekiranya langkah dan pengawasan yang betul diikuti, in shaa Allah keradangan akibat eczema dapat dikurangkan.

Marmin Healthcare
.
Cantik. Sihat. Mudah

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *