ELAKKAN BAGI MAKANAN INI KEPADA ANAK !!
Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan daripada diberi kepada bayi dan kanak-kanak kecil
Garam
Bayi tidak sepatutnya makan garam tinggi kerana tidak bagus untuk buah pinggang. Tidak perlu naikkan rasa makanan bayi dengan garam dan serbuk perasa.
.Gula
Bayi tak perlukan gula tambahan. Elakkan memberi minuman tinggi gula termasuk jus buah, minuman kultur dsb.
. Lemak Tepu
Makanan tinggi lemak tepu tidak baik untuk jantung dan salur darah.
. Madu
Kadang-kadang, madu mengandungi bakteria, yang boleh merembeskan toksin. Jangan berikan madu sehingga anak mencapai umur 1 tahun. .
. Kekacang
Kekacang tidak sepatutnya diberikan pada kanak-kanak bawah 5 tahun. Terdapat banyak kes tercekik dilaporkan kebelakangan ini.
. Telur mentah
Bayi boleh makan telur bermula 6 bulan. Namun pastikan ianya dimasak sepenuhnya. Bakteria salmonella yang ada pada telur boleh menyebabkan keracunan dan kematian.
. Makanan laut bercengkerang
Kerang, kepah, kupang, oyster dsb. Pastikan ianya dimasak dengan baik. Jangan dimakan mentah atau kurang masak. .
Mari kita jaga kesihatan anak kesayangan kita dari kecil. Semoga bermanfaat. #MarminShare#MarminPrihatin