ECONAZINE NI CREAM MAGIC KE GATAL-GATAL SEMUA BOLEH SEMBUH🤔

Antara ubat popular yang dikatakan boleh menghilangkan gatal. Seringkali digunakan oleh golongan sedikit berumur terutamanya.
🎈Econazine
Ramai yang menggunakan ubat ini untuk tujuan gatal seperti terkena gigitan nyamuk, atau untuk kudis yang gatal. Contoh penggunaannya adalah TIDAK BERAPA TEPAT dari kegunaan yang sepatutnya
Malah ada yang menggunakannya sebagai ubat sapuan harian TANPA mengikut nasihat dan cara penggunaannya dari doktor mahupun farmasi
Econazine ni ubat apa sebenarnya?
🎗Econazine mengandungi Econazole Nitrat dan Triamcinolone sebagai bahan aktif.
🎗Econazine adalah antikulat azole yang berfungsi dengan menghalang pertumbuhan kulat.
🎗Econazine juga mengadungi steroid yang mana boleh mengurangkan kesan gatal
🎗Krim ini hanya boleh digunakan TAK LEBIH DARI 14 HARI secara berturut-turut
Senang cakap econazine ini sesuai untuk rawatan ANTIKULAT
Ruam peluh, ruam lampin BAYI, ruam alahan mahupun parut untuk jerawat TAK PERLU econazine
🤔Sebab apa kalau gatal guna krim ni boleh sembuh?
Krim ini mengandungi steroid yang bertindak dengan menghalang bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.
Tapi tidak boleh merawat luka yang bernanah mahupun parut jerawat.
🤔Bahaya tak jika gunakan Econazine yang mengandungi steroid untuk jangka masa panjang?
Econazine mengandungi steroid sederhana yang mana dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan seperti
⚠️Penipisan kulit yang juga dikenali sebagai atropi
⚠️Keberkesanan ubat akan berkurangan disebabkan penggunaan yang kerap
Kesan sampingan sistemik jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku apabila ubat steroid topikal digunakan pada keluasan permukaan kulit yang besar bagi jangka masa yangpanjang. Bayi dan kanak-kanak lebih mudah mendapat kesan sampingan sistemik berbanding dengan orang dewasa.
⚠️ Pertumbuhan terbantut
⚠️ Fungsi adrenal terhalang
Untuk elakkan kesan sampingan sebegini.
✔️Gunakan ubat yang mengandungi steroid dengan cara yang betul. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR MAHUPUN FARMASI
✔️Elakkan daripada menggunakan ubat steroid topikal untuk tempoh masa yang panjang.
✔️Elakkan daripada menggunakan ubat pada keluasan permukaan kulit yang besar.
✔️Hanya sapu pada kulit yang terjejas dan ikut arahan doktor.
✔️Sekiranya boleh, guna ubat steroid topikal yang paling lemah dari segi kekuatan untuk mengawal keradangan kulit kecuali diarahkan oleh doktor.
✔️Gunakan pelembap untuk mengawal keterukan keradangan.
RUJUK PADA DOKTOR ATAUPUN FARMASI UBAT APA YANG SESUAI UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT YANG DIHADAPI. JANGAN tanya pada google ya 😅
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Farmasi Marmin?
1⃣Peramu Pekan
2⃣Ketapang Pekan
3⃣Wakaf Bharu Kelantan
4⃣akan datang di Chini
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.