Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Jenis Selsema Yang Kita Alami?

JANGAN PANIK🙌🏻 ! KENALI JENIS SELSEMA. 😪🥶😪🥶😪🥶😪

 

Image may contain: one or more people and text

Sejak kebelakangan ini, kita diberitakan dengan kes-kes influenza di negara kita. Setakat ini, KKM🩺💊🕵🏻‍♀ mengawal dengan baik kes kes yang berlaku. Persoalan bagi kebanyakan masyarakat hari ini, bagaimana untuk mengenal selsema yang dialami ini🧐🤓 , sama ada influenza atau tidak? Jenis selsema apa lagi yang ada ?🤷🏻‍♂

Kali ini, kami ingin🤩🤩 bawakan kepada anda tentang jenis-jenis selsema. Selsema lazimnya berlaku disebabkan pelbagai punca dan faktor dan ianya merebak melalui batuk, bersin 🤧😨dan sentuhan👐🏻 Selsema yang biasa tidak berbahaya, tapi sekiranya tidak dirawat , akan mendatangkan komplikasi seperti pneumonia, jangkitan kuman di telinga dan lain-lain.❌❌❌❌

Jenis selsema yang perlu kita ketahui:💁🏻‍♂💁🏻‍♂


🔅COMMON COLD (SELSEMA BIASA)-hidung berair dan hingus berwarna jernih, sesetengah keadaan hingus menjadi pekat dan kelabu.
-suhu badan melebihi 38 darjah celcius
-kerap terbersin, mata merah dan gatal-gatal
-sakit tekak dan batuk

🔅ALLERGIC RHINITIS (ALAHAN)-suhu badan 🌡melebihi 38 darjah celcius
-kerap terbersin, mata merah dan gatal-gatal🥺
-tidak mengalami batuk atau sakit tekak

🔅SINUSITIS (RESDUNG)-hingus pekat dan berwarna kelabu😢😢😢
-sakit kepala dan sakit bahagian dalam hidung👃🏻

🔅INFLUENZA / FLU (selsema influenza)-suhu badan 🌡melebihi 38 darjah celcius
-sakit bahagian otot dan sendi.🚶🏻‍♂
-menggigil 🥶, letih😪 dan lesu
-berpunca daripada virus🦠🦠 tertentu dan perlukan pemeriksaan 👨🏻‍⚕ untk memastikan ubat antivirus yang sesuai.
-Pengambilan vaksin influenza adalah salah satu langkah pencegahan daripada dijangkiti virus jenis ini.
-Bulan yang biasa berlaku influenza adalah pada bulan 1-3,7-9 dan 11-12.
-Golongan yang berisiko dijangkiti virus ini adalah kanak-kanak bawah umur 5 tahun, ibu mengandung dan pesakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis

💊UBAT UNTUK SELSEMA💊


➡DECONGESTANT (pelega salur pernafasan)sesuai untuk merawat hidung tersumbat seperti phenylephrine dan pseudoephedrine

➡ANTIHISTAMINE
juga digunakan untuk merawat hidung tersumbat seperti chlorpheniramine, loratadine dan cetirizine. Ubat jenis ini juga digunakan untuk merawat kegatalan

➡ANALGESIC & ANTIPYRETICuntuk kegunaan menahan sakit kepala dan demam, seperti paracetamol dan ibuprofen.

🌟LANGKAH TERBAIK APABILA SELSEMA 🌟


🌻COMMON COLD –-dapatkan rehat dan minum air masak terutamanya air panas secukupnya.
-sedut stim yang mengandungi menthol atau eucalyptol bagi melegakan salur pernafasan.
-basuh tangan dengan bersih sekerapnya dan tidak berkongsi cawan atau barangan lain bagi mengelakkan penyebaran selsema kpd orang lain.
-ubat seperti decongestant membantu mengurangkan hidung tersumbat, tetapi pengambilan seharusnya tidak melebihi satu minggu.

🌻ALLERGIC RHINITIS– elakkan faktor luaran yang menyebabkan alergik spt bulu kucing, habuk dan cuaca yang sejuk.
-pengambilan ubat seperti antihistamine membantu mngurangkan simptom alahan.

🌻INFLUENZA-sekiranya mengalami simptom influenza, dapatkan rawatan segera.
-minum air dengan kuantiti secukupnya dan dapatkan rehat yang mencukupi.
-elakkan berada di tempat orang ramai supaya virus tidak menjangkiti orang lain.
-tutup hidung dan mulut dengan sapu tangan atau tisu apabila batuk dan terbersin.

🌻SINUSITIS-minum air masak secukupnya bagi membantu menipiskan kepekatan hingus dan bendalir di bahagian saluran pernafasan.
-ubat paracetamol sesuai diambil untuk mengurangkan sakit kepala dan demam.
-sekiranya bertambah teruk dalam masa dua hari, dapatkan rawatan doktor.

♦Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄ Gambang (akan dibuka Mac 2020)

🌸Like fb page kami di 

☎whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799

🚚Perkhidmatan penghantaran ke rumah? 

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *