ELAKKAN BAGI MAKANAN INI KEPADA ANAK !!

Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan daripada diberi kepada bayi dan kanak-kanak kecil ![]()
Garam
Bayi tidak sepatutnya makan garam tinggi kerana tidak bagus untuk buah pinggang. Tidak perlu naikkan rasa makanan bayi dengan garam dan serbuk perasa.
.
Gula
Bayi tak perlukan gula tambahan. Elakkan memberi minuman tinggi gula termasuk jus buah, minuman kultur dsb.
.
Lemak Tepu
Makanan tinggi lemak tepu tidak baik untuk jantung dan salur darah.
.
Madu
Kadang-kadang, madu mengandungi bakteria, yang boleh merembeskan toksin. Jangan berikan madu sehingga anak mencapai umur 1 tahun. .
.
Kekacang
Kekacang tidak sepatutnya diberikan pada kanak-kanak bawah 5 tahun. Terdapat banyak kes tercekik dilaporkan kebelakangan ini.
.
Telur mentah
Bayi boleh makan telur bermula 6 bulan. Namun pastikan ianya dimasak sepenuhnya. Bakteria salmonella yang ada pada telur boleh menyebabkan keracunan dan kematian.
.
Makanan laut bercengkerang
Kerang, kepah, kupang, oyster dsb. Pastikan ianya dimasak dengan baik. Jangan dimakan mentah atau kurang masak. .
Mari kita jaga kesihatan anak kesayangan kita dari kecil. Semoga bermanfaat. #MarminShare#MarminPrihatin

