5 Mengapa Bagusnya Makan Nenas

5 Mengapa Bagusnya Makan Nenas

5 kebaikan yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar  di Neuroversiti. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

  1. Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
  2. Vitamin yang cantikkan kulit.
  3. Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.Menurut Experimental Neurology, Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.
  4. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
  5. Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

 

Ikuti Dr Rizal Abu Bakar di Facebook beliau untuk lebih banyak tips.

Marmin
#ItsPersonal

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.