Ambil tahu tentang kepialu!

SATU SUNTIKAN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA DARIPADA TERANCAM!

Demam kepialu atau typhoid fever adalah disebabkan oleh jangkitan daripada bakteria Salmonella typhi dan boleh dibawa melalui usus dan saluran darah manusia.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Jika tidak dirawat, ia mampu membawa kepada kesan yang lebih serius.

TAHUKAH ANDA BAHAWA IA BOLEH TERSEBAR MELALUI MAKANAN!

Ya. Makanan yang telah dicemari oleh bakteria yang dibawa oleh pengendali makanan.

MARMIN menyeru agar semua pengendali makanan samaada besar atau kecil, anda WAJIB untuk dapatkan suntikan typhoid.

Ini adalah untuk memastikan supaya negara kita dapat mengawal penyakit ini sebelum ia merebak dan menjangkiti orang lain.

Sama-samalah kita menggalas tanggungjawab dalam mengekang sesuatu penularan penyakit daripada menjagkiti orang lain seterusnya mendatangkan mudarat di kemudian hari.

Anda boleh dapatkan suntikan typhoid atau demam kepialu di Klinik Marmin Sg Ular dan Klinik Marmin Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.
#farmasimarmin
#FarmasiMarmin
#farmasichini
#farmasikuantan
#farmasipekan
#pekan
#peramu
#kuantan
#inderamahkota
#inderamahkota8
#im8
#inderapura
#gambang
#balokperdana
#chini
#klinikmarmin
#klinikmarminkuantan

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.