“LAMANYA DALAM TOILET !!”
Pasti ramai yang pernah menjalani episod- episod haru bila cirit -birit menjelma Bukan setakat haru sorang- sorang, tetapi awas ya!
BOLEH BERJANGKIT
YA. DITAIP SEKALI LAGI,
B. E.R.J.A.N.G.K.I.T!
Nak tahu macam- mana ‘cherry-berry’ (baca cirit-birit) boleh berlaku?Jom MARMIN kupas satu-persatu!
Tanda-tanda anda mengalami cirit birit :
Najis yang cair
Tidak mampu mengawal najis yang keluar atau bahasa mudah “terbuang tanpa sengaja”
sakit atau kejang perut
kerap menggunakan tandas
dehidrasi
Simptom bertambah buruk apabila anda sebenarnya berpunca daripada keracunan ! Oh no!
Mual dan muntah & hilang selera makan
Berkemungkinan demam
Buang angin yang berbau busuk
MARMIN, cirit- birit ni biasanya berapa hari ya???
Kebiasaannya berlaku dalam tempoh 2-4 hari, namun begitu sekiranya simptom berlarutan, anda perlu segera mendapatkan khidmat nasihat doktor!
MARMIN, saya ni tak keracunan pun. Okay jek. Tapi kenapa saya cirit-birit eh?
Tak semestinya keracunan je cirit-birit tau! Alahan pun boleh jadi! Anda perlu semak semula :
gaya pemakanan anda untuk tempoh tertentu.
Sbg cth : pengambilan jajan “cikedis cikedut” atau makanan ringan yang berpotensi menyebabkan usus anda tidak dapat menerima dengan baik dan cuba mengusirnya dengan pantas
alahan terhadap sesetengah produk makanan seperti produk bersusu
ketidakhadaman makanan
MARMIN, saya nak pakai sarung astronout lah. Takut berjangkit!!! Takmo cirit birit!
Tak perlu pun jd “angkasawan jadian” ! Hanya amalkan langkah :
Cuci tangan anda dengan tangan air dan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas atau mengendalikan makanan
Seeloknya mengasingkan papan pemotong khusus untuk bahan mentah dan yang lain lain untuk mengelakkan pencemaran silang yang menyebabkan keracunan makanan
Semak tarikh luput makanan anda
Minum dan makan daripada sumber yang bersih
Paling penting B.E.R.S.I.H
MARMIN, kalau dah kena, acano nak bagi baik??
Pergi farmasi untuk dapatkan ubat atau ke klinik. Kalau simptom berlarutan sehingga berhari-hari, segera dapatkan rawatan di hospital ya!
Bekalan ubat atau rawatan yang dicadangkan antaranya :
Hyoscine butylbromide10mg
digunakan untuk melegakan simptom kejang perut , memulas atau irritable bowel syndrome
membantu usus untuk berehat
diambil secara oral 1-2 biji, 3-5 kali sehari (6 tahun ke atas)
loperamide 2mg
digunakan untuk cirit birit yang mendadak (melancong) , cirit birit yang disebabkan irritable bowel syndrome
bantu dengan memperlahankan pergerakan usus dan memejalkan najis diambil secara oral 1-2 biji, 3-4 kali dewasa (max 16mg sehari dibawah pemantauan doktor)
activated charcoal 250mg
digunakan untuk melegakan simptom keracunan yang menyebabkan cirit birit dan juga angin
menyerap bahan toksik dan menghalang penyerapan gastrointestinal lalu membantu melegakan kembung perut akibat angin dalam perut
diambil secara oral 2-4biji, 2-4 kali sehari (dewasa), 1-2 biji, 3-4kali sehari (remaja atas 12 tahun)
DiaresQ 7g
bantu meningkatkan nutrisi dan bantu tingkatkan imunisasi tubuh anda memberi usus bekerja dengan semulajadi agar simptom diarrhea berlalu dengan semulajadi
campuran kolostrum dan telur. Berperisa vanilla. Perlu dibancuh
1 sachet sahaja sehari
Smecta 3g
bantu memelihara dinding usus anda
bantu melegakan cirit birit kanak kanak dan dewasa
mengandungi smectite dan berperisa orange vanila
dilarutkan dalam air.
dewasa , 3 sachet sehari. Kanak kanak 2-4 sachet sehari.
Axcel kaopec
bantu melegakan cirit birit
menarik bahan bahan yang bertoksik menyebabkan cirit birit
mengandungi kaolin dan pectin
kanak kanak 6-12 tahun, 20ml, 3 kali sehari.
ors ( oral rehydration salt )
sejenis garam yang digunakan untuk menambah garam dan elektrolit yang telah hilang dr badan
mengelakkan dehidrasi iaitu salah satu akibat dr cirit birit
berperisa. Perlu dilarut air
kanak kanak bawah 2 tahun ( 3 sachet x 250ml ) kanak kanak 2 tahun keatas ( 6 sachet x250ml)Dewasa ( 4 sachet Γ 250ml )
Sekiranya anda mempunyai masalah, segeralah mendapatkan rujukan daripada doktor
Cawangan Farmasi Marmin
Peramu, Pekan (8am-10pm)
Ketapang, Pekan (9am-9:30pm)
Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
Chini, Pekan (9am-930pm)
Gambang, Kuantan (8am-10pm)
Klinik Marmin, Kuantan (9am-6pm)
Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799
whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799