10 KHASIAT PERIA KATAK

10 KHASIAT PERIA KATAK

Sayur-sayuran, buah-buahan dan herba adalah makanan tambahan kesihatan alternatif yang boleh di ambil untuk keperluan badan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Harus di ingat, mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan herba adalah untuk bekalan khasiat yang diperlukan badan setiap hari

Ia BUKAN di ambil untuk menyelesaikan penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit disebabkan pelbagai akibat terutamanya pemakanan yang tidak betul, tidak bersenam dan tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Penyakit-penyakit tersebut hanya akan hinggap pada diri kita setelah mengamalkan pemakanan yang tidak betul, tidak bersenam dan tidak mendapat rehat yang secukupnya selama bertahun-tahun BUKAN selepas sehari dua atau sebulan dua.

Mengamalkan sayuran-sayuran yang berkhasiat adalah AMALAN yang baik termasuk mengambil Peria Katak sebagai makanan harian.

Peria adalah sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki pelbagai khasiat kepada kesihatan manusia.

Masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit.

Masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam.

Masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes walaupun tiada bukti saintifik setakat ini.

Sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.

Berikut adalah 10 khasiat Peria Katak jika di amalkan dalam pemakanan harian. Sekali lagi di ingatkan ia bukanlah ubat. Ia makan tambahan harian. Khasiat-khasiat ini diperoleh dari beberapa hasil yang didapati oleh pengamal sayuran Peria Katak ini bukan dari kajian saintifik yang khusus yang dikongsikan di dalam Majalah Rasa:

1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

2. Penyakit taun, jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

3. Penyakit kencing manis Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

4. Penambah tenaga bagi anda yang selalu rasa badan lesu-Iesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.

5. Membaiki masalah mata kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.

6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.

7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.

8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.

9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang Iain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-Iain.

10. Penyakit gangguan pernafasan Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang Iain.

Nota:Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Sayur Peria Katak ini agak sukar di peroleh di pasar. Ia boleh di ambil dalam bentuk kapsul. Natualle Diamelon Capsules ialah salah satunya produk yang menghasilkan kapsul Peria Katak supaya mudah di ambil setiap hari.

Naturalle Diamelon Capsules boleh di dapati di semua cawangan Farmasi Marmin atau di Shopee FArmasi Marmin & Marmin Healthcare.

Link Fb Page : https://www.facebook.com/farmasimarmin/Link Shopee Farmasi Marmin : https://shopee.com.my/farmasimarminLink Shopee Marmin Healthcare: shopee.com.my/marminhealthcare#FarmasiMarmin#SihatTenangBah

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.