UBAT “TAMBAH DARAH” macam mana ia berfungsi 

UBAT “TAMBAH DARAH” macam mana ia berfungsi 

💎Hai kesayangan MARMIN, jom hari ni nak share sikit mengenai masalah kurang darah (Anemia).

💎Anemia merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tubuh anda mengalami kekurangan hemoglobin (sel darah merah sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan). Cara paling mudah untuk mengatasi masalah anemia adalah melalui pemakanan harian yang tinggi dengan zat besi.

💎Zat besi adalah mineral yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan sel darah. Ia adalah elemen penting dalam penghasilan darah.Tubuh akan menggunakan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

💎Simptom anemia yang mungkin berlaku seperti cepat letih, badan lemah, kulit pucat, kadar jantung yang tidak normal, kesukaran bernafas, sakit dada, tangan dan kaki sejuk serta sakit kepala.

💎Jika anda ke Farmasi ada beberapa jenis supplement yang akan disarankan kepada anda (Sangobion, Zincofer). Supplement ini berfungsi untuk mengembalikan dan meningkatkan kandungan zat besi seterusnya menambah kandungan sel darah merah didalam badan.

💎Fungsi lain juga :

🩸Merawat anemia akibat dari kekurangan zat besi.

🩸Merawat gejala akibat anemia seperti kelesuan, pucat, keletihan, pening dan sukar untuk menumpukan perhatian.

🩸Merawat anemia ketika mengandung.

🩸Merawat kekurangan zat besi selepas kehilangan darah, penyakit kronik atau semasa proses pemulihan.

💎Cara Pengambilan :

🩸Dewasa: 1-2 tablet sekali sehari.

FARMASI MARMIN

Sihat Tenang Bahagia(BUKA SETIAP HARI)

Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1

Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare

Sangobion Complete
Zincofer Capsule

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.