TAHI TELINGA KERAS??? (BLOCKED EAR WAX)
Hai! Kami di Farmasi Marmin kerap kali menerima persoalan daripada pelanggan kami;mengapa terasa sakit telinga selepas korek telinga, telinga berdesing dan rasa tersumbat. Mengapa ya agaknya?
Di sini, kami ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan telinga dan fokusnya kepada masalah tahi telinga keras atau tersumbat
Apakah itu tahi telinga?
Tahi telinga merupakan lilin telinga atau kerapkali dipanggil “ear wax”
Mengandungi lapisan “lipid-rich cerumen” yg bersifat hydrophobic iaitu mencegah daripada pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga
Apakah fungsi tahi telinga?
memberi kelembapan pada bahgian kulit salur telinga serta mengelakkan telinga daripada kering dan gatal-gatal
Melindungi telinga daripada jangkitan yang boleh merosakkan permukaan kulit di saluran dalam telinga
Sebagai perisai antara gegendang telinga dan kawasan luar telinga dengan cara memerangkap debu, kotoran dan habuk.
Cara penjagaan telinga yang betul
tahi telinga kebiasaannya akan keluar secara jadi
cara membersih yang betul adalah dengan cara menggunakan kain yang bersih.
Elakkan menggunakan kuku yang tajam semasa proses pembersihan
mengorek telinga menggunakan lidi, batang mancis, pin tudung dan jarum adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan luka pada permukaan salur telinga. Hal ini sterusnya menyebabkan jangkitan kuman
penggunaan putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam telinga sekaligus akan mengurangkan fungsi pendengaran kerana putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga tersumbat.
Punca tahi telinga keras
Penghasilan tahi telinga yang berlebihan. Ini adalah berbeza mengikut individu. Bagi orang tua juga, penghasilan tahi telinga adalah tinggi berbanding orang muda
Salur telinga yang bersaiz kecil lalu menyebabkan tahi telinga mudah terperangkap
Kekerapan jangkitan kuman di telinga dan berkumpulnya air dalam telinga menyebabkan salur telinga mengecil lalu menyebabkan tahi telinga mudah tersumbat
Cara pembersihan tahi telinga yang salah seperti penggunaan putik kapas yang menolak masuk tahi telinga lalu menyebabkan tersumbat.
Simptom tahi telinga keras
kehilangan pendengaran secara tiba-tiba atau separa yang biasanya bersifat sementara
tinnitus: rasa berdengung atau berdesing di dalam telinga
terasa penuh dalam telinga
sakit telinga
namun, sekiranya anda mengalami gejala seperti jangkitan kuman;telinga berbau atau demam dan sakit yang teruk, adalah dinasihatkan untuk anda segera berjumpa doktor
Rawatan tahi telinga keras
menggunakan titisan minyak zaitun
penggunaan ubat titis telinga yang boleh didapati di Farmasi seperti Cerumol, Soluwax
melalukan air yang bersuhu bilik ke saluran telinga.
Sekiranya masalah berlarutan, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera
FARMASI MARMIN BUKA :
Peramu : 8pg-10mlm
Ketapang :9pg-930mlm
Wakaf Bharu:8pg-10mlm
Chini : 9pg-930mlm
Gambang : 8pg-10mlm
Inderapura & Jerantut bakal DIBUKA!
KLINIK MARMIN BUKA :
9pagi – 9malam (Isnin – Sabtu)
10pagi – 9malam(Ahad)