SAKIT LUTUT? INI PERKONGSIAN UNTUK MENGATASINYA – BY FARMASI MARMIN

PERKONGSIAN MENGENAI SUPPLEMEN LUTUT_ oleh Marmin Healthcare

 Marmin, siapa yang boleh ambil supplemen lutut ni? 🤔

💯 Individu yang sihat semestinya boleh mengambil supplemen lutut tetapi individu yang memerlukan ialah :

☑️ Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti osteoarthritis (sakit tulang dan sendi) terutama di bahagian lutut
☑️ Individu yang mempunyai kesakitan di bahagian lutut akibat kemalangan dan sebagainya.

 Osteoarthritis ni macam mana ya, Marmin? 

💯 Osteoarthritis ini terjadi apabila seseorang itu semakin berusia dan penghasilan kolagen semakin berkurangan dimana kolagen itu bertindak sebagai bahan pembina tulang rawan pada sendi.

💯 Apabila bahan itu makin berkurangan, maka tulang mula bertemu tulang dan apabila gerakan menyebabkan geseran lalu menjadi haus. Ini yang menyebabkan sakit lutut.
💯 Glucosamine dan Chondroitin merupakan salah satu komponen utama pembina bagi menjaga tulang rawan anda. Sebab itulah ia dirumus dalam bentuk supplement bagi mereka yang memerlukan.

 Adakah kesakitan lutut terus hilang apabila ambil supplemen ini secara oral?

💯 Ia tidak bertindak menghilangkan kesakitan secara terus seperti “painkiller”. Ia bertindak dengan mengurangkan radang yang terjadi dengan menambah komponen pembina tersebut di bahagian tulang anda. Oleh itu, kesan adalah berbeza bagi setiap individu dan kesan yang direkodkan melalui kajian adalah seawal 6-8 minggu.

Bahan utama dalam supplemen untuk lutut :

☑️ Glucosamine :
✨  Diperbuat daripada makanan laut seperti kerang.

 Menjaga tulang rawan pada sendi

 Menghalang penguraian tulang rawan

☑️ Chondroitin :
 Pelincir yang datang daripada tulang rawan untuk membuat ruang sendi menjadi licin

 Menghalang tulang daripada bergesel sehingga menyebabkan tulang haus dan menyebabkan sakit serta radang kepada lutut

Terdapat pelbagai produk yang berada di pasaran khusus bagi membantu mereka dengan masalah lutut ini antaranya :

1. DONNA FORTE
☑️ Glucosamine 500mg

 Boleh diambil secara oral maksimum 1500mg sehari

2. DONNA GLUCO-C PLUS MSM

☑️ Glucosamine 250mg
☑️ Chondroitin 100mg
☑️ MSM (methyl sulfonyl methane) 150mg

 Boleh diambil secara oral maksimum 1500mg sehari dan tambahan MSM untuk mengurangkan keradangan

3. SHINE JOINFLEX FORTE

☑️ Glucosamine sulphate 500mg
☑️ Chondroitin 400mg

 Boleh diambil secara oral maksimum 1500mg sehari

4. FLEXIT SR

☑️ Glucosamine HCL 1500mg

 Boleh diambil secara oral 1 kali sehari dan ia bertindak secara perlahan lahan dilepaskan didalam badan selama 12 jam

5. CONART

☑️ Glucosamine sulphate 250mg
☑️ Chondroitin sulphate 200mg (dirumus melalui sumber ternakan spt lembu)

6. CONDROPIL

☑️ Glucosamine sulphate 250mg
☑️ Chondroitin sulphate 200mg (dirumus melalui sumber ikan)

7. BIO LIFE

☑️ Glucosamine 500mg
☑️ Chondroitin 400mg

💯 Dapatkan info-info kesihatan, kecantikan dan pelbagai barangan kemudahan anda di Marmin Healthcare.

📳Boleh hubungi kami melalui whatsapp melalui link tertera :

 https://marminhealthcarews.wasap.my/

🛍 Ikuti kami di aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan secara online di :

 

Jangan lupa like dan follow page & Instagram kami ya 🤗

FB: 

 IG:

🗺️ Kunjungi kami di Farmasi Marmin Peramu :

Marmin Healthcare.

*Sihat. Cantik. Mudah*

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *