RUAM LAMPIN BAYI/ KANAK-KANAK/ DEWASA

RUAM LAMPIN BAYI/ KANAK-KANAK/ DEWASA

Ruam lampin merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan bayi atau anak kecil. Kulit bayi agak sensitif. Ruam lampin terjadi apabila kulit bayi terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangka masa panjang


Selain itu, ruam lampin juga boleh berlaku apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai alahan kepada jenis lampin pakai buang yang digunakan atau alah kepada pencuci atau sabun yang digunakan untuk membasuh lampin.

Pada dasarnya, ruam lampin adalah masalah kulit yang ringan dan tidak serius, namun jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan lepuh pada kulit dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat berlaku.

APA YANG MENYEBABKAN RUAM LAMPIN BOLEH BERLAKU?

  • Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan
  • Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi

ANTARA GEJALA YANG BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR:

  • Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan bersisik dibahagian punggung, kelangkang dan peha
  • Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintik-bintik kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti

CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI

  • Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk

  • Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkanya dengan segera. Bayi yang berumur kurang daripada setahun memerlukan pertukaran lampin yang lebih kerap berbanding dengan kanak-kanak berumur 1-2 tahun

  • Cuci dengan air

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi

  • Kurangkan penggunaan sabun

Jangan cuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap

  • Elakkan bedak talkum

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam berlaku

  • Longgarkan lampin

Pastikan bayi dalam keadaan selesa, jangan pakaikan lampin dalam keadaan ketat

  • Sapu krim jenis pelindungan (barrier cream or ointment) setiap kali menukar lampin

Antara jenis krim atau salap pelindung yang boleh digunakan adalah zink oksida (zinc oxide), jeli petroleum/ parafin (petroleum jelly/white soft paraffin)

SUDOCREAM

  • Melembabkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan akibat lampin
  • Mengandungi emolien yang melegakan kesakitan akibat kegatalan

HS DERMAPY CREAM

  • Melindungi dan memulihkan kulit bayi yang kering
  • Merawat ruam lampin bayi dan ruam panas
  • Diperkaya dengan vitamin E dan Aloe Vera

DERMOPLEX CALAMINE CREAM

  • Mengurangkan ruam kulit dan kerengsaan
  • Melegakan ruam lampin dan ruam panas
  • Gatal kulit kesan gigitan serangga seperti nyamuk
  • Gatal-gatal kulit ringan
  • Gatal akibat alergik

DRAPOLENE CREAM/LOTION

  • Drapolene cream mengandungi benzalkonium chloride dan cetrimide
  • Antiseptik yang membunuh sel-sel bakteria
  • Merawat dan mencegah ruam lampin bayi, ruam badan
  • Gatal akibat gigitan serangga
  • Merawat kulit merah gatal
  • Merawat luka-luka ringan

BEPANTHEN OINTMENT

  • Merawat kulit terbakar
  • Merawat ruam lampin dan ruam panas
  • Melegakan gatal kulit dan mengelupas
  • Memulihkan luka-luka kecil
  • Merawat kawasan yang sakit dan merekah akibat menyusukan bayi

SEBAMED DIAPER CREAM

  • Membantu penambahbaik perlindungan kulit
  • Diformulasikan dengan formula perlindungan lipid menggunakan lecithin dan squalene
  • Melegakan dan meredakan pertahanan kulit
  • Membantu menyembuhkan luka
  • Membantu merawat ruam lampin pada bayi

Cawangan Farmasi Marmin (Sepanjang Bulan Ramadhan)

  • Peramu, Pekan (8am-6.30pm)
  • Ketapang, Pekan (8am-6.30pm)
  • Wakaf Bharu, Kelantan (8am-6.30pm)
  • Chini, Pekan (8am-6.30pm)
  • Gambang, Kuantan (8am-6.30pm)

Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published.