PETUSSIS / BATUK KOKOL
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria pertussis (Bordetella pertussis) yang akan menjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan penghidapnya. Batuk kokol adalah batuk selama 1 hingga 2 minggu yang boleh berlarutan sehingga 2 bulan.
Wabak ini adalah wabak yang boleh berjangkit sepertimana Denggi, Malaria dan lain lain wabak. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Bayi dan kanak-kanak tanpa imunisasi lengkap paling berisiko dijangkiti termasuk golongan rentan dan rendah imuniti. Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.
Wabak ini boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kerap membasuh tangan dan mengamalkan cara batuk yang betul dengan menutup mulut supaya tidak berjangkit. Kanak kanak dan bayi perlu diberikan suntikan Pelalian menggunakan vaksin Pertussis sekurangnya 3 dos dan diberikan secara suntikan.
Di Malaysia, pelalian diberikan kepada bayi sebanyak 4 dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan. Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan (booster) pada umur 18 bulan.
.FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI).
Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare