LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19
Coronavirus adalah sejenis virus yang boleh tersebar melalui sentuhan, titisan air yang boleh disebarkan apabila individu yang dijangkiti bercakap, terbersin atau batuk. Ianya boleh masuk melalui hidung dan mulut.
- BERSIHKAN TANGAN SEKERAPNYA
- cuci tangan anda menggunakan sabun sekurang-kurangnya mencuci selama 20saat.
- sekiranya ketiadaan air,gantikan dengan penggunaan hand sanitizer ( yang mengandungi alcohol 70% ke atas)
- elakkan memegang muka, hidung dan mulut menggunakan tgn yang tidak dibasuh
2. AMALKAN PENJARAKKAN SOSIAL (SOCIAL DISTANCING)🧍🏻 🧍 🧍🏿
- jarak sejauh 1 meter sekurang-kurangnya
- kekal berada di rumah adalah yang terbaik, keluar rumah utk urusan penting sahaja
- kekalkan menjarakkan diri di mana sahaja anda berada kerana terdapat juga pembawa virus yang tidak mengalami simptom. Ini adalah penting terutamanya bagi golongan yang berisiko spt pesakit kronik dan ibu mengandung.
3. MEMAKAI PENUTUP MULUT DAN HIDUNG APABILA BERADA DI TEMPAT AWAM
- digalakkan memakai penutup mulut bagi mengelakkan dijangkiti, pabila anda berada di kawasan awam.
- penutup mulut jenis kain juga membantu utk mngurangkan risiko dijangkiti. Elakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis kain bg golongan yang ada masalah pernafasan.
4. MENUTUP MULUT APABILA BATUK DAN TERBERSIN
- tutup mulut apabila batuk dan terbersin menggunakan tisu dan lengan . ini dapat menghalang titisan air dan virus untuk tersebar lebih jauh.
- basuh tgn selepas batuk atau bersin.
5. AMALKAN GAYA HIDUP SEHAT SETIAP HARI
- makan makanan yang seimbang
- melakukan senaman sekerapnya setiap minggu.
- menjaga kesihatan emosi dan mental dgn cara melakukan aktiviti kegemaran, menghubungi org yang tersayang melalui telefon sekerapnya dan makan makanan yang mngandungi hormon gembira (serotonin) spt pisang dan coklat
7. MENCUCI DAN MELAKUKAN AKTIVITI MEMBASMI KUMAN DAN VIRUS
- lakukan di kawasan yang kerap dipegang seperti tombol pintu, kunci kereta, stereng kereta dan suis-suis di rumah.
AKTIVITI PEMBASMIAN
PERMUKAAN RATA DAN KERAS
- Gunakan pembasmi kuman yang berdaftar dengan EPA, atau cecair alkohol (melebihi 70%).
- Anda boleh juga boleh menggunakan cecair peluntur di rumah anda;
Campurkan ⅓ cawan peluntur dengan 3.7litre (1 gallon) air,elakkan dpd menggunakan peluntur yang dah mencapai tarikh luput. - Gunakan sarung tgn semasa aktiviti pembasmian, dan cuci tgn selepas selesai.
PERMUKAAN LEMBUT
- Seperti karpet dan alas kaki
- Cuci dengan menggunakan sabun atau cecair antiseptik.
♦Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-7pm)
➁Ketapang, Pekan (8am-7pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-7pm)
➃Chini, Pekan (8am-7pm)
➄Gambang, Kuantan (8am-7pm)
🌸Like fb page kami di
☎whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799
🚚Penghantaran ke rumah?