ISH BISINGNYA BERDENGKUR! TAK BOLEH TIDUR LAH 

ISH BISINGNYA BERDENGKUR! TAK BOLEH TIDUR LAH 

💤Hai kesayangan MARMIN, siapa sini partner / roommate dia selalu berdengkur ? Jom MARMIN nak share pasal masalah berdengkur ni. 😎.

💤Secara amnya, masalah berdengkur berlaku disebabkan penyempitan pada saluran pernafasan.

💤SEBAB-SEBAB BERDENGKUR :

1) Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

2) Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.

3) Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran..💤CARA PENCEGAHAN:

1) Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

2) Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur

3) Menggunakan nasal strip .

💤Hari ni jom MARMIN nak ulaskan mengenai nasal strips:

❇️Nasal strips telah terbukti dapat mengurangkan hidung tersumbat dan melegakan dengkuran hidung.

❇️Berfungsi membuka saluran hidung anda dengan serta-merta untuk membantu mengurangkan dengkuran.

❇️Nasal strips adalah bebas dadah. Mereka juga boleh didapati tanpa preskripsi

❇️Tidak mempunyai kesan samppingan.

💤Haaaaaa jadi korang dah Nampak solusi tak untuk masalah berdengkur partner korang ni ? Jangan lupa dapatkan di MARMIN yang berdekatan anda !!! .

FARMASI MARMIN

Sihat Tenang Bahagia

(BUKA SETIAP HARI).

Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1

Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.