COENZYME Q10 
Hai kesayangan MARMIN, hari ni nak share tentang satu supplement ni yang ramai tak tahu kebaikannya ! iaitu COENZYME Q10 @ CoQ10 ! . Jom baca sampai habis .
Coenzyme Q10 (CoQ10) ialah bahan yang digunakan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 ditemui dalam hampir setiap sel dalam badan, dan ia adalah antioksidan yang kuat.
Antioksidan berfungsi untuk melawan zarah yang merosakkan bahagian dalaman badan yang dikenali sebagai radikal bebas, yang merosakkan membran sel, mengganggu DNA, dan juga menyebabkan sel dalam badan mati.
Kebaikan CoQ10: 1) Meningkatkan tenaga2) Mencegah kerosakan sel dengan melawan radikal bebas3) Sistem imun dipertingkatkan4) Menurunkan kolesterol5) Melegakan migrain.
Dos dan cara konsumsi:Sebagai suplemen, dos coenzyme Q10 adalah 50–200 mg setiap hari.
Kesan sampingan (yang berkemungkinan):Ada beberapa kesan samping yang bisa terjadi setelah mengonsumsi coenzyme Q10, seperti:
• Sakit perut, mual, atau muntah
• Hilang selera makan
• Cirit birit
• Tekanan darah rendah
Sila berjumpa dengan doctor sekiranya kesan sampinga tersebut tidak berkurang atau makin teruk.
FARMASI MARMIN
Sihat Tenang Bahagia
(BUKA SETIAP HARI)
Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1
Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare