Alahan Makanan

Makan makanan laut terus naik gatal-gatalΒ π
Alahan makanan ni kebiasaan disebabkaan oleh sistem pertahanan badan kita bertindak balas dengan makanan atau minuman yang kita ambil.
β Apa boleh berlaku jika alahan makanan?π€
Alahan pada makanan boleh memberi kesan kepada tubuh kita sebagai contoh kulit, saluran esofagus( saluran makanan), pernafasan dan jantung kita.
Setiap individu lain-lain alahannya. Kadang- kadang maknya alah kepada makanan laut tetapi makciknya pula alah kepada ayam.
β Makanan apa yang sering kali boleh menyebabkan alahan?
1β£susu lembu
2β£telur
3β£kacang tanah
4β£ikan
5β£makanan (laut nipah kerang)
6β£kekacang (cashew atau walnat)
7β£gandum
8β£soya
9β£pewarna dan perasa
Tanda-tanda alahan terbahagi kepada 2 iaitu ringan dan teruk. Alahan mungkin datang tiba-tiba atau selepas beberapa jam.
Alahan makanan boleh menjadi sangat berbahaya dan mengancam nyawa, terutama jika pernafasan terjejas.
β Tanda-tanda ringan yang berkaitan dengan alahan makanan mungkin termasuk:
πbersin
πhidung tersumbat atau berair
πgatal
πmata berair
πbengkak
πruam
πkejang perut
πcirit-birit
β Gejala tindak balas alahan yang teruk (dipanggil anafilaksis) kepada makanan adalah:
βkesukaran bernafas
βbengkak bibir, lidah, atau tekak
βgatal-gatal (gatal, licin, dan membesar)
βpening atau pengsan
βmual atau muntah
Gejala ringan seperti bersin, hidung tersumbat, berair boleh dirawat dengan mengambil ubat seperti loratadine, cetirizine
*SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR DAN FARMASI
Alahan susu
β Alergi susu adalah tindak balas kepada whey atau kasein, protein yang terdapat pada susu lembu. TAK SAMA tau dengan intoleransi laktosa (lactose intolerance)
β Kanak-kanak yang mempunyai alahan susu lebih berkemungkinan besar akan mengalami reaksi alahan terhadap makanan lain, termasuk telur, kacang soya, dan kacang tanah.
β Kebanyakan kanak-kanak dengan alergi susu juga mengalami satu atau lebih penyakit atopik lain, seperti asma, rhinitis alergi, atau ekzema.
Alahan kacang
β Alahan kacang biasanya merupakan gangguan sepanjang hayat. Kerana ini, alahan kacang sangat serius.
β Pendedahan tidak sengaja boleh berlaku pada bila-bila masa
β Walaupun jarang berlaku, alahan kacang boleh mengakibatkan anafilaksis (menyekat pernafasan atau menyebabkan serangan jantung).
β Anafilaksis memerlukan perhatian perubatan segera dalam bentuk suntikan epinefrin (EpiPen). Anda perlu perhatikan selama beberapa jam selepas suntikan untuk memastikan gejala tidak kembali.
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel iniΒ π
β¦Waktu operasi Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)
πΈLike fb page kami diΒ fb.my/farmasimarmin
βhttp://www.wasap.my/601116776799
πPenghantaran ke rumah?Β shopee.com.my/farmasimarmin