Apa itu Epsom Salt?
Apa itu Epsom Salt?
Epsom salt dikenali sebagai magnesium sulfat. Ia adalah sebatian kimia yang terdiri daripada magnesium,sulfur dan oksigen.
Garam Epsom (magnesium sulfate) mungkin jarang kita dengar, tetapi tahukan anda garam epsom mempunyai manfaat kesihatan pada manusia dan tumbuhan yang mengkagumkan. Ia adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada magnesium dan sulfur. Seringkali dikenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit. Magnesium dan sulfur mudah diserap ke dalam kulit.
MANFAAT EPSOM SALT
Merehatkan tubuh
Manfaat epsom salt yang pertama adalah untuk merehatkan tubuh. Epsom salt larutkan ke dalam air suam dan rendamkan kaki. Ion magnesium yang terkandung dalam epsom salt dapat mengurangkan tekanan dan mengurangkan kesan adrenaline.
Melembutkan kulit
Manfaat mandi dengan garam epsom dapat membuat kulit terasa halus dan lembut dan garam epsom juga mampu mengeluarkan racun dalam tubuh .
Mambantu mengurangkan rasa sakit dan ketegangan otot
Untuk melegakan anggota yang terseliuh dan lebam, Meredakan tekanan dan mengurangkan keradangan untuk melegakan kesakitan dan otot kekejangan
Membantu Menurun Kadar gula dalam darah
Kandungan magnesium dan sulfur dalam epsom salt terbukti mampu meningkatkan produksi insulin dalam tubuh yang bermanfaat mengatur kadar gula dalam darah. Epsom salt secara teratur supaya membantu mengawal kadar gula dalam darah dan menurunkan risiko diabetes
Merawat jangkitan pada kaki
Tambahkan epsom salt kedalam air suam dan rendamkan kaki sampai air menjadi sejuk untuk mengurangkan rasa gatal dan menyembuhkan jangkitan pada pada kaki lebih cepat
Sebagai bahan exfoliating
Exfoliating merupakan pengelupasan kulit dengan scrub. Ternyata epsom salt dapat digunakan sebagai scrub, dengan menggosokkan segenggam epsom salt di kulit yang lembab, akan memudahkan proses pengelupasan kulit sehingga sel-sel kulit mati tertanggal menjadikan kulit lembut dan sihat.
Membantu menurunkan berat badan
Epsom salt dapat membantu menurunkan berat badan, salah satu sebab berat badan bertambah disebabkan oleh terlalu banyak toksin terkumpul dalam badan. Epsom salt terdiri daripada magnesium dan sulfat yang berfungsi membantu membuang lebihan toksin dalam badan dan sekali gus menjadikan badan lebih sihat dan cergas
Membantu tanaman menyerap lebih nutrien
Penyediaan tanah sebelum penanaman pokok seperti cili dan tomato, menambahkan beberapa gengam garam epsom kepada batas atau pasu untuk meningkatkan magnesium dan sulfur dalam tanah. Tanaman anda akan menerima nutrien yang mencukupi mengikut keperluan.
Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-9.30pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-9.30pm)
➄Gambang (8am-10pm)
Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm