MANUAL BREAST PUMP 

MANUAL BREAST PUMP 

🍼Hai kesayangan MARMIN ! Teknologi moden sekarang telah mengeluarkan pelbagai jenis “Electric Breast Pump” untuk memudahkan ibu untuk memerah susu selain daripada bayi mereka. Namun begitu mempunyai “Manual Breast Pump” juga membantu untuk situasi yang tidak dijangka. Terutamanya apabila anda perlu mengepam untuk melegakan payudara yang bengkak, atau anda mendapati diri anda tidak mempunyai sumber elektrik. Ramai juga, sesetengah orang sebenarnya lebih suka pam manual.

🍼Manual Breast Pump tidak mempunyai sebarang motor atau bahagian mekanikal. Ibu tidak sepatutnya berasa sakit atau terlalu tidak selesa, hal ini kerana, ibu mengawal berapa banyak sedutan yang ingin dibuat. Ibu hanya memerlukan sedutan yang mencukupi untuk mengalirkan susu. Lebih banyak sedutan tidak akan menghasilkan lebih banyak susu, dan boleh menyebabkan kerosakan payudara atau puting.

🍼Sebelum keluar untuk membeli pam manual, cuba membuat pilihan yang sesuai untuk saiz anda untuk memastikan setiap sesi mengepam adalah selesa dan cekap. Pertimbangkan juga bila anda akan menggunakan pam manual. Jika anda bercadang untuk menyimpannya di dalam beg lampin atau bag kerja anda, size yang kecil dan tidak begitu berat adalah sesuai.

.

FARMASI MARMIN

Sihat Tenang Bahagia(BUKA SETIAP HARI).

Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1

Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.