KORANG MESTI SELALU SKIP NI KAN

KORANG MESTI SELALU SKIP NI KAN

✨Hai kesayangan MARMIN! Haaaa korang kan mesti selalu skip satu rutin ni kan?? agak agak apa dia?? 🥲🥲.

✨Yes betul !! FLOSS GIGI ! kenapa MARMIN cakap ramai yg terlepas pandang mengenai rutin floss gigi ni ? 🦷🦷✨

✨Sebab ramai yg fikir bahawa dengan memberus gigi setiap hari adalah mencukupi ☝🏻 tapi tanpa kita sedar sebenarnya floss gigi sangat penting ya ! 🦷🦷✨✨.

✨Floss gigi adalah sejenis benang yang khas untuk pembersihan gigi. Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. 🤗🤗.

❓Mengapa menggunakan flos penting?

➡️Kedudukan gigi biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut. Penggunaan flos adalah sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.

❓Apakah jenis-jenis flos gigi?

➡️Ada beberapa jenis flos gigi :

1. Flos berlilin atau tanpa lilin

2. Flos berperisa atau tanpa perisa

3. Pita gigi

4. Super flos.

❓Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?

➡️Sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

❓Bagaimanakah cara menggunakan flos?

1. Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.

2. Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.

3. Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.

4. Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan..

Haaa nampak tak , betapa penting ya floss gigi ? Jom dapatkan di MARMIN skrg 💖.

FARMASI MARMIN

Sihat Tenang Bahagia(BUKA SETIAP HARI)

.Pertanyaan walk in (whatsapp) :https://bit.ly/3lQOeJ1

Link shopee utk online :https://shopee.com.my/marminhealthcare

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published.